Wednesday, April 16, 2014

^BISNES SHAKLEE TIPU??^

Eh ye ke BISNES SHAKLEE TIPU. Biar betul. Tipu jugak ke macam bisnes MLM yang lain. Ye ke sama menipu macam bisnes lain. Yang menjanjikan income masyukkk tetapi sebenarnya tipu belaka. Betul ke bisnes Shaklee ni tipu suruh keluar modal banyak-banyak. Confirm bonus berlambak.

Eh eh ada pulak yang google dan terjumpa pasal ni kan. Adakah semua MLM(Multi Level Marketing) itu menipu. Siapa yang tak takut dengan MLM, dah banyak kes penipuan kan.


Sampai ada yang mewujudkan kumpulan anti-MLM. Kerana lambakan kes-kes penipuan ni la. Sebab ramai yang dah kena. Dijanjikan keuntungan berganda setelah melabur sekian-sekian jumlah kan. Tapi sebenarnya hampeh. Kesian mereka yang sampai sanggup buat pinjaman untuk jadikan modal kan.

Saya tak salahkan pada mereka yang mencari kebenaran betulke bisnes Shaklee ni ataupun tipu je. Sebab saya pun antara mereka yang susah untuk mempercayai pada sesuatu berita sehingga saya dapat tahu sendiri kebenarannya. Saya teringat satu masa dulu saya pernah ikut mak mertua buat rawatan terapi ion. Saya dok fikir betul ke bila tengok macam-macam warna keluar kat air selepas terapi tu. Jadi saya pun mencari kebenaran dengan google mencari info. Dan hasil sedikit research tu, saya kongsikan di blog personal saya dengan tajuk "Terapi Ion Tipu". Memang naik traffic blog masa tu,link pertama di page yang pertama. Tak sangka ramai yang suka mencari kebenaran seperti saya. Tetapi saya terpaksa hide kan entry saya selepas saya terima banyak komen berbaur kemarahan yang nampaknya dari pengusaha terapi yang dah banyak mengeluarkan modal. Saya pun taknak disebabkan entry tu, periuk nasi mereka terganggu. Pada yang nak cari kebenaran, teruskanlah.

Eh berbalik pada tajuk kita " Bisnes Shaklee tipu??" Mula-mula dulu kan, saya takde la terfikir nak bisnes. Nak beli set untuk turunkan kolesterol je. Lepas tu masa nak order tu, tergerak hati nak tanya kawan saya yang jual tu,

 Dan Alhamdulillah memang saya join pun terus dengan HANYA BERMODALKAN RM65.00. Biar betul, tak tipu? Iya, modal jadi ahli tak sampai seratus pun. Semua orang mampu. Kebiasaaanya yang menyertai ahli adalah mereka yang dah merasai sendiri kehebatan produk ni. Jadi tak susah bagi mereka untuk berkongsi tentang pengalaman mereka menggunakan Shaklee. Kata kunci yang sering upline-upline kami ingatkan, SHARING. Ye kami hanya perlu sharing. Berkongsi kebaikan produk dan berkongsi kehebatan berbisnes Shaklee. Dengan Shaklee kita mampu untuk bermimpi.

Shaklee tak tipu ADA CASH BONUS
Haah betul ada cash bonus pada mereka yang layak. Minimum bonus adalah 150uv. Kadang-kadang ada yang join ahli untuk famili guna sendiri je, best sebab dapat beli produk pada harga murah. Lagi best tak sangka dapat bonus cash lagi. Memang tak tipu. Bonus ni dibayar pada setiap setiap pertengahan bulan. Sikit banyak bergantung pada usaha. Bonus saya yang pertama 2angka je. Selepas 4bulan, saya mampu mencapai 4angka. Hanya mendengar kata upline dan super super upline saya "DUPLICATE". Jalan dah sedia, ikut je.

Shaklee tak tipu ADA CAR BONUS
Ya betul. Car bonus ni ada la kelayakan dia. Dan pada yang dah capai akan layak terima dalam bentuk cash. Lepas tu ikut suka la nak beli kereta ke, nak buat downpayment ke. Atau nak kumpul dan beli kereta cash, pun boleh. Boleh juga duit tu digunakan untuk apa saja kerana ianya dalam bentuk cash. Teringat kisah seorang Master Shaklee yang mengumpul bonus kereta ini untuk membeli kereta idamannya, Vellfire secara tunai. Teruja kan.

Shaklee tak tipu ADA CONVENTION BONUS.
Ha, yang ni sekiranya mencapai kelayakan, dapatlah pergi percutian dalam negara, atau luar negara atau tunaikan umrah.Di bawah ini adalah yang terbaru iaitu percutian di Kota Kinabalu dan Percutian ke Paris/London.






 Dan satu lagi point yang buat saya tertarik dengan bisnes ini adalah ianya ADIL. SIAPA USAHA DIA YANG DAPAT. Tidak ada istilah goyang kaki dan makan hasil usaha downline macam tu saja. Kalau downline hebat tetapi upline tak buat sale langsung. Upline tak dapat apa-apa. Iya betul.

Ye terbukti segalanya benar belaka. Tak ada yang tipu tentang bisnes ini. Jika anda dah merasai kehebatan produk suplemen semulajadi ini dan tergerak hati untuk berkongsi kebaikannya, janganlah teragak-agak lagi. Perniagaan yang tiada risiko. Anda usaha, anda dapat. Usaha anda menentukan apa yang bakal anda perolehi. Dengan Shaklee kami berani bermimpi.


Hubungi saya untuk daftar keahlian :
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952 ➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Tuesday, April 15, 2014

^SET & TIPS PELAJAR PINTAR SHAKLEE^

 Bagi yang bergelar pelajar pastinya mengidamkan keputusan yang cemerlang dan dapat bergelar pelajar pintar. Pelbagai usaha yang dilakukan bagi memastikan dapat fokus di dalam kelas dan seterusnya dapat mencapai keputusan yang terbaik. Jadi, hari ni kita nak fokus pada Set Pelajar Pintar Shaklee. Sebelum kita meneruskan perbincangan set apakah yang sesuai, moh kita sembang dulu tentang beberapa perkara.


MASALAH YANG SERING DIHADAPI OLEH PELAJAR
Antara masalah yang sering dihadapi oleh pelajar adalah:
  • Kurang daya tumpuan semasa belajar
  • Stress/tekanan
  • Sering sakit, demam atau selsema
  • Kurang antibodi badan
  • Tidak bertenaga
  • Tidak dapat memproses maklumat yang diterima
  • Kurang daya ingatan
  • Tidak ceria apabila badan tidak sihat

TIPS PELAJAR PINTAR
  •  Pelajar haruslah menjaga kesihatan, jaga kualiti hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti senaman sekurang kurangnya seminggu 3 kali
  • Ambillah makanan yang berkhasiat
  • Elakkan makanan "junk food"
  • Elakkan makanan segera dan tinggi MSG
  • Susun jadual belajar yang teratur
  • Buat persediaan sebelum masuk ke kelas
  • Ulangkaji pelajaran dan buat latih tubi
  • Melatih diri dengan soalan peperiksaan yang lepas.
  • Rujuk pada guru sekiranya ada sebarang kemusykilan

    Bagi Pelajar Muslim
  • Taat pada perintah Allah
  • Taat pada ibubapa. Selalu berhubung dengan ibubapa dan meminta restu.
  • Patuh, hormat serta memuliakan guru
  • JAGA SOLAT. Ingatlah jika kita jaga Allah, pasti Allah akan jaga kita. Maka pastikan solat cukup 5 waktu dan solatlah di AWAL WAKTU
  • DOA, doa itu senjata orang Mukmin. Jadi jangan berhenti untuk terus berdoa
  • Amalkan Solat Dhuha dan Solat Tahajud.

SET PELAJAR PINTAR SHAKLEE


 ENERGIZING SOY PROTEIN
  • Minuman tinggi protein ini sangat penting untuk tenaga yang berpanjangan
  • Bekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi dan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dpt mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya,,
  • Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
     
  • Menguatkan memori
  • Mengenyangkan, menu ringkas dan sihat untuk menggantikan sarapan
  • Bonus, kulit cantik dan memudarkan parut
OMEGA GUARD
  • DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Sumber dari laut dalam
  •  Shaklee OmegaGuard TM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard TM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
  • Ianya dapat meningkatkan kecerdasan otak, lebih fokus dan mudah untuk mengingati
  • Sangat penting untuk pelajar pintar
BCOMPLEX
  • Vitamin B5~mengurangkan stress fizikal dan mental
  • Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya

Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA*
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Monday, April 14, 2014

^ SAKIT PINGGANG KETIKA MENYUSU?^

Susu ibu adalah susu yang terbaik. Itu FAKTA. Tetapi siapa ibu-ibu yang sedang menyusui rasa sakit pinggang, sakit lutut, sakit tumit. Oh kenapakah? Ha ini yang akan kita sembangkan hari ni. Kenapa Tinie cakap camtu, sebab dulu Tinie pun pernah rasa, dan ramai juga ibu-ibu termasuk adik Tinie sendiri, downline Tinie yang mengadu. Nape ek sejak bersalin ni selalu rasa sakit tumit. Pernah seorang customer Tinie katanya, bila bangun tidur, nak menapak ke bilik air tu rasa menyucuk-nyucuk kat tapak kaki. Puncanya?KEKURANGAN KALSIUM

Berapakah keperluan kalsium harian bagi ibu-ibu yang menyusu?
Keperluan kalsium bagi ibu menyusu sama seperti keperluan biasa orang lain iaitu 1000mg-1300mg sehari. Namun ibu hamil dan menyusu perlu mengambil sumber kalsium yang secukup bagi memastikan ia tidak memberi kesan kepada tulang. Iainya bersamaan dengan 4 gelas susu sehari. Semak diet harian anda adakah pengambilan kalsium harian sudah mencukupi atau sebenarnya kurang dari sepatutnya

Apakah sumber makanan yang membekalkan kalsium?
  • Kalsium tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh badan.
  • Susu
  • bahan tenusu
  • cheese 
  • brokoli

Apakah kesan kekurangan kalsium?
Selain dari sakit pinggang, masalah lain yang timbul akibat kekurangan kalsium adalah:
  • sakit lutut
  • sukar tidur
  • keguguran rambut
  • kebas-kebas kaki
  • sakit tumit
  • meningkatkan risiko darah tinggi
  • usus menjadi lemah dan sembelit
  • meningkatkan risiko osteoperosis
  • gusi berdarah
  • gigi tidak kuat
  • stress

 Apakah suplemen Shaklee yang dapat membantu?
NOTE 1:
Jika anda sedang mencari supplement calcium, pastikan ia mengandungi magnesium! Kenapa?
  • Magnesium ada mineral yg sukar utk disimpan didalam tubuh
  • Magnesium bantu menyerap calcium dan mengekalkannya di dalam tubuh
  • Magnesium bertindak dengan baik bersama calcium utk membina matrix tulang anda yg kuat dan kukuh (utk mengelakkan kerapuhan)
  • Magnesium dan calcium bergabung memberikan kesihatan yg lebih baik pada sistem cardiovascular anda
  • Magnesium dan calcium bergambung membantu mengatasi
  • masalah insomnia, ia memberikan anda tidur yang lena

NOTE 2:
Jangan lupa, lengkapilah calcium supplement anda dengan vit D! Kenapa?
  • Vit D memaksimakan penyerapan calcium didalam tubuh
  • Vit D juga membantu regulate calsium didalam peredaran darah

NOTE 3:
carilah calcium supplement dari sumber calcium citrate kerana kadar penyerapan kedalam tubuh lebih tinggi!!

Jadi, kesimpulannya...semuanya terdapat didalam Shaklee Ostematrix!


HARGA RUNCIT: RM61.00

Untuk konsultasi serta TIPS ISTIMEWA & PERCUMA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Sunday, April 13, 2014

^ BEST KE JADI AHLI SHAKLEE ^

Bila orang tanya soalan ni kan. Rasa macam nak jerit memberitahu " ALLAHUAKBAR..BEST SANGAT"

Tapi kan tapi kan sebenarnya bergantung jugak dengan siapa korang join. Ye ke. Aha betul. Lain upline, lain pendekatan. Dan pulak lain group lain caranya. Lain macam mana? Bukan ke sama je semua pun ahli Shaklee. Betul memang semua ahli Shaklee tetapi dengan siap anda join iaitu siapa upline anda atau di bawah group Master mana yang anda join. Semua tu memberi kesan kepada perkembangan bisnes anda. Tak banyak sangat sebenarnya. Walaupon bukanlah kesan 100%, sebab sebenarnya kita sendiri tentukan bisnes kita macam mana. Namun pemilihan dua aspek yang sangat penting ni bakal memberi impak kepada perjalanan kita dalam memburu kejayaan tu.

Bukan semua group menawarkan Coaching Online dan Offline 100%, 7 hari seminggu, 24jam sehari. Jangan tak tahu berapa ramai SID yang contact saya bertanyakan bagaimana nak tukar upline. Upline sangat tidak membantu. Tak berkongsi pon info tentang produk. Apa-apa semua disuruh cari sendiri. Tak payah cerita lebih la, pernah sorang ni hubungi saya tanya macam mana nak order barang. Boleh ke beli kat sapa-sapa. Upline tak ajar. Sedangkan dalam group kami tutorial diajar langkah demi langkah macam mana buat order. Macam mana nak kembangkan bisnes kalau perkara asas pon tak diajar. So sebelum anda merungut macam-macam, buat pilihan yang tepat. Bagaimana pun tak ramai juga kat luar sana yang terlalu bergantung pada upline sehingga tak mampu untuk berdikari mengejar kejayaan sendiri. Yang jenis ini jangan salahkan upline. Sebabnya. Umpama air yang yang dah tersedia dalam gelas kat depan kita. Kalau kita takde usaha nak angkat gelas, nak letak ke mulut, hirup dan telan air tu memang sampai bila-bila kita akan dahaga. Jadi tetap kena ada usaha sendiri

Dan hari ni saya nak kongsikan salah satu keistimewaan dan bestnya jadi ahli Shaklee di bawah Group iReach atau dulu dikenali sebagai group Lady &Boss di bawah keturunan Master Lyna Noh & Master Zainul adalah dengan adanya program tahunan JOM HEBAT. Siri Jelajah Jom Hebat ni diadakan di beberapa negeri. Yang terbaru adalah di Kelantan. Yang saya pernah sertai dua siri, satu Jom Hebat Kuala Lumpur. Dan baru-baru ini JOM HEBAT MEGA yang diadakan di Institut Sosial yang disertai oleh ramai ahli iReach bukan saja dari sekitar Kuala Lumpur, ada yang datang dari Kelantan, Johor, ada jugak yang terbang dari Sabah dan Sarawak. Masing-masing taknak melepaskan peluang untuk menginspirasikan diri dengan pengisian program yang terbaik ni. Memang rugi sangatlah siapa yang tak dapat join ni. Memang ekslusif utk group kami.

 Teruja kan. Ce tengok berapakah yuran nya. Betapa murahnya kan. Bukan program sejam dua tau. Program ni sehari dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Makan juga disediakan. Paling best dan saya tak pernah jumpa dalam mana-mana program, sangat mesra kanak-kanak.


Kanak-kanak diberi pensel warna dan buku untuk melukis. Goodies beg kami dapat apa tau, buku note kecil yang lengkap sekali dengan calculator. Wahhh calculator sangat berguna oke untuk kita berbisnes kencang dengan Shaklee ni.
MasyaAllah hebatnya program ni.
 Program dimulakan dengan perkongsian oleh Puan Nad Zaim. Tapi jujurnya saya terlepas slot yang hebat ni kerana bergerak lambat dari Tg Malim memandangkan anak meragam. Saya tetap taknak tinggalkan anak-anak. Gagahkan juga pergi ke program walaupun rugi satu slot. Tapi memandangkan saya dah pergi ke Jom Hebat Mega KL dan masa tu ada perkongsian dari Puan Nad Zaim saya tau perkongsian dari beliau memang hebat. Seorang guru Fizik yang sanggup keluar dari zon selesa  mencabar diri untuk mencapai matlamat yang tinggi untuk membantu ahli keluarga. Sangat terharu bila beliau berkongsi cerita bagaimana beliau dapat juga membantu adik ipar melanjutkan pelajaran dengan menggunakan duit bonusnya. Perkongsian darinya pastinya menitiskan air mata audiens.

Kisah Kain Pelikat

Slot ni best. Perkongsian dari suami-suami dari group ASB. Apa tu? Aku Sayang Bini. Hihi best kan nama. Kebanyakan yang mendaftar menjadi ahli adalah isteri-isteri. Bagaimanapun ada juga ye yang daftar tu si suami. Jadinya masa forum ni panel-panelnya terdiri dari suami-suami yang mempunyai isteri-isteri yang hebat dan yang boleh dikatakan sudah berjaya. Masa ni mereka berkongsi kenapa ada segelintir suami yang tak suka isteri menceburkan diri,tetapi bila dengan Shaklee akhirnya membuka mata mereka, BISNES INI MEMANG BOLEH BUAT tak macam MLM lain. Dan berkongsi bagaimana akhirnya mereka turut sama membantu isteri dalam bisnes ni, Yang best masa saya dengar tu ada seorang suami ni berhenti dari menjadi jurugambar dan membantu isteri sama-sama dalam bisnes ni, Perubahan positif bila mereka menjadi lebih rapat. Anak-anak tidak lagi terabai. Malah amalan rohani dan ibadat semakin dijaga dan dibuat bersama-sama,indahnya berbisnes Shaklee dengan group kami.

Dan yang menariknya jugak pada hari ini adalah perasmian logo iReach iaitu penjenamaan semula group Lady Boss iaitu group susur galur keturunan Master Lyna Noh dan suami Master Zainol.
Setiap huruf iReach ada maksud2 yg tersendiri;
- i : Saya/Aku/I
- R: Respect. Hormat menghormati
- E: Excel. Cemerlang
- A: Able. Serba-Boleh
- C: Care. Ambil Berat/Ambil Peduli
- H: Humble. walaupun hebat, sangat rendah diri

Dengan rasminya logo baru ini juga, pelancaran web ireach.my juga telah dibuat. Yang bestnya, web ni disediakan sebagai platform untuk berkongsi info, mendapatkan info samada dalam bentuk artikel, imej atau video. Pastinya memerlukan kapasiti storage yang tinggi kan, tapi yang bestnya kami tak perlu bayar pun untuk masuk web itu. Segalanya percuma. Bertuah kami ada super super upline yang berkorban membeli domain dan menyediakan kemudahan yang terbaik untuk kami. Mana nak jumpa oiii.


SLOT MAGNET DIRI BERSAMA AMIN IDRIS
Aha slot ni sangat ditunggu-tunggu, slot bersama En Amin Idris pengacara terkenal TV Al Hijrah. Best sangat perkongsian dari En Amin Idris ni. Dah la mesra kanak-kanak. Beliau tak terganggu pun dengan ramainya kanak-kanak di depan beliau. Sekali sekala ada la seorang dua kanak-kanak yang naik pentas. Kata beliau, beliau pun kagum, meriah macam family day. Banyak tips yang dikongsinya, apa yang saya paling ingat. Katanya hidup ini adalah soal pilihan.

Kita boleh pilih untuk hidup selesa dengan apa yang ada atau kita boleh pilih untuk berusaha keluar dari zon selesa dan hidup lebih baik. Dan katanya juga kita perlu berimpian besar. Besar macam mana. Kalau kita hanya kata impian kita nak ada rumah. Itu belum cukup besar. Tapi kalau kita cakap nak ada sebiji rumah besar ada 7bilik termasuk surau dan mini panggung, dan yang dalamnya ada kolam renang, yang dalamnya ada padang bola dilengkapi dengan 3biji kereta mewah dan dalam rumah kita ada lif 3 tingkat. Bila kawan dengar dan kata "perghh ko gila ke apa, mana nak dapat." Hah masa tu baru la namanya berimpian besar. Jadi, silalah berimpian besar. Tapi impian atau imaginasi kita itu perlulah SMART.




Memang terbaik sangat program ni. Tak menyesal datang menghabiskan masa sehari suntuk di sini.
Kalau jadi ahli Shaklee memang dengan sesiapa ahli Shaklee pun boleh tapi nak dapat yang dapat menganjurkan program sebegini bukanlah mudah. AJK yang sanggup bertungkus lumus menyediakan yang terbaik tanpa mengharapkan apa-apa bayaran pun. Apa yang kami bayar cumalah kos menyewa tempat, makanan dan kos bayaran kepada panel jemputan. Untung sangat kan.
Hah inilah salah satu best ke tak jadi ahli di bawah group kami iReach. Nak jadi ahli iReach ke, mesti berkobar-kobar kan.






Best ke tak, kena join baru la tau hakikat bestnya macam mana. Yang pasti anda takkan menyesal.
MODAL? Jangan risau, tak perlu buat loan pun.. RM65 Sahaja. Tak percaya? Percayalahh.
Jadi pada yang berminat, hubungilah saya, saya sentiasa ada untuk membantu anda.
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Saturday, April 5, 2014

^ TIPS KECANTIKAN KULIT ^

Assalamualaikum
Akhir-akhir ni kan, ramai pulak yang order set kecantikan kulit. So Tinie rasa nak kongsikanlah tips kecantikan kulit untuk kita amalkan. Yer la siapa tak nak cantik kan. Allah dan Nabi Muhammad s.a.w itu sendiri suka pada kebersihan dan kecantikan. Jadi kita kena la sentiasa nampak bersedia, cantik. Tambah tambah yang bakal menjadi raja sehari. Eh eh yang dah berkahwin pon kena jaga tau. Yer la kita berhias cantik untuk siapa lagi. Bukan untuk ditatap dipuji orang lain. Tapi untuk Encik suami kita jugak kan, sedap sikit mata memandang. Yang anak-anak dara pun kena jaga jugak, dari situ dah nampak keperibadian kita macam mana. Bukanlah kata kecantikan itu adalah yang terpenting. Tapi kalau nak cari jodoh Islam juga menetapkan 4 ciri utama dan salah satunya adalah kerana kecantikannya. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w
Sabda Rasulullah SAW :
“Seorang wanita biasanya dinikahi kerana empat hal,iaitu kerana hartanya, kerana nasabnya (keturunannya), kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka utamakan memilih isteri (wanita) kerana agamanya. Kamu akan rugi (bila tidak memilih kerana agamanya).” (HR. Bukhari,Muslim dan Abu Dawud)





Oh Ye, sebelum tini kongsikan tips kecantikan ikut masalah kulit ni kan, jom kita tonton video ni. Muka yang dulu berjerawat teruk, berparut. Apa yang beliau buat?

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.




Oke sekarang, Moh kita baca apa tips kecantikan kulit berdasarkan masalah-masalah ni.

1) Masalah Kulit Berjerawat
2) Masalah jeragat
3) Masalah parut/ bekas jerawat

1) Masalah Kulit Berjerawat

 Selalunya masalah jerawat ini timbul atas beberapa sebab antaranya kerana tekanan(stress), muka terlalu berminyak, kerana banyaknya toksin dalam badan dan kerana penjagaan kulit yang tidak sempurna seperti penggunaan alat solek yang terlalu lama atau tidak sesuai. Antara tips yang boleh diamalkan
  • Basuh muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jangan basuh dengan sabun badan kerana tahap alkalinya tinggi. Guna pencuci muka yang sesuai dan kurang bahan kimia, terbaik menggunakan yang berasaskan semulajadi bebas bahan kimia. 
  • Jangan mengelap muka menggunakan tuala badan. Gunakan tuala kecil kerana kulit muka kita tersangatlah sensitif kepada kotoran.
  • Jaga pemakanan, elakkan makanan berminyak, elakkan makanan segera seperti burger dan elakkan kacang tanah
  • Pastikan mendapat tidur yang cukup dan elakkan stress
  • Elakkan menggaru muka atau memicit jerawat menggunakan jari dan kuku kerana dalam kuku dan jari kita ni ada kotoran yang kita tak nampak jadi kulit kita sangatlah sensitif, perkara ni boleh menggalakkan lagi merebaknya jerawat tu ke bahagian lain.
  • Minum air sekurangnya 3Liter sehari
 2) Masalah Jeragat
Jeragat atau atau nama medikalnya Melasma adalah satu lagi masalah kulit muka yang selalu sangat di kalangan wanita Asia. Selalunya jeragat ni di bahagian pipi tetapi ada juga kat bahagian muka yang lain. Antara punca jeragat adalah seperti terdedah kepada cahaya matahari, penggunaan bahan kosmetik yang tidak sesuai dan tinggi bahan kimia atau kerana faktor keturunan dan juga penggunaan pil hormon. Antara tips yang boleh diamalkan seperti:
  • Lindungi kulit dengan krim pelindung yang sesuai
  • Pilih produk kosmetik yang bermutu tinggi 
  • Elakkan memilih produk pemutihan muka yang menggalakkan pengelupasan kulit kerana ini akan menipiskan kulit muka dan menjadikan kulit semakin sensitif
  • Minum air putih sekurangnya 3Liter sehari
  • Tingkatkan pengambilan vitamin E
  • Kebiasaannya jeragat timbul pada kulit yang kering, jadi pakailah pelembab muka yang bersesuaian
  • Vitamin C Penting dalam pembentukan kolagen, ramai wanita mengamalkan prdouk kolagen tapi sebenarnya mengamalkan makanan atau suplemen tinggi kandungan vitamin C juga membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik
  • Vitamin E selain melambatkan proses penuaaan, ia juga dapat membantu keseimbangan horman dan membantu mengurangkan kesan kulit jeragat 
  • Protein. Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein dalam penghasilan sel baru. Untuk mendapatkan kulit cantik kita perlu dapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik
  • Air sangatlah penting dalam pengaliran darah, penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. Kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.
 3) Masalah parut/ bekas jerawat
  • Tingkatkan pengambilan vitamin E
  • Ambil makanan tinggi protein kerana protein yang tinggi membantu penghasilan sel-sel baru bagi menggantikan sel kulit yang rosak
  •  Menggunakan krim yang sesuai
  • Minum air 3 Liter sekurang-kurangnya
SUPLEMEN UNTUK KECANTIKAN KULIT




JOM LAYAN TESTIMONI DAN APAKAH VITAMIN SHAKLEE YANG DIAMBIL
KULIT JERAGAT: VITAMIN E, B-COMPLEX & VITAMIN C


KULIT BERJERAWAT DAN BERPARUT: ESP & VITAMIN E


BEKAS JERAWAT: VITAMIN E


PARUT JERAWAT: ESP, VITAMIN C, VITAMIN E & BCOMPLEX


KULIT KERING & BLACKHEAD: ESP
HARGA RUNCIT:
ENERGIZING SOY PROTEIN 850gm : RM150 (Penggunaan lebih kurang Sebulan lebih )
VITAMIN C SUSTAINED RELEASED 500mg : RM91 (Penggunaan 6bulan)
B-COMPLEX 120bj: RM53 (Penggunaan 4 bulan)
VITAMIN E 120 biji : RM149 (Penggunaan 4 bulan)

*Dapatkan penjimatan harga ahli sehingga 20% hanya dengan membayar yuran keahlian RM65 seumur hidup


Untuk tips percuma dan konsultasi 

 ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat 
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/ 
✉ Email: hartini.badri@gmail.com 
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952 
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Friday, April 4, 2014

^ MACAM MANA NAK JADI AHLI SHAKLEE^

Weehuuuu... amboii semakin ramai yang nak jadi ahli Shaklee kan. Iyalah meletup letup sekarang ni produk Shaklee ni. Produk suplemen yang terbaik, semulajadi, berkesan dan selamat. Hah itu motto Shaklee. Ate mana nak jumpa produk yang dah la harga best, pastu bila ambil, berkesan dan berpuas hati. Hah harga best? ye ke. Yerla lagi harga best bila kita join ahli. Penjimatan sehingga 25% tau. Jimat jimat. Dan yang nak jadi ahli ni bukan sekadar yang nak berbisnes je, boleh je jadi ahli tapi sekadar nak guna untuk keperluan sendiri. Boleh ke tak rugi ke. Hok ala. Tak rugi weh, serius.

Nak tahu kenapa tak rugi. Sebab ada banyak sangat kelebihan bila dah jadi ahli.
1) Dapat beli pada harga ahli. JIMAT
2) Dapat menikmati promosi Shaklee setiap bulan. Buy 6 Free 1. Masa ni memang harga teramatlah murah.
3) Bila jual, dapat untung runcit..
4) Bonus cash setiap bulan, boleh sehingga 3,4,5 angka..
tu je..eh ada lagi, jemput baca kat sini ye : Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Sebelum Tinie cerita macam mana cara nak jadi ahli Shaklee, moh nak kongsi TIPS MENJADI AHLI SHAKLEE
1) Cari penaja anda. Untuk jadi ahli, kena ada upline sebagai penaja anda. Jangan silap ye,pastikan upline yang dipilih tu yang boleh membimbing anda. Sebab ramai  je yang merungut. Dah daftar, tak tahu dengan siapa. Pastu ada yang upline taknak ajar. Cara makan pun salah. Jangan tak percaya. Ada yang hubungi saya beritahu dia diajar untuk makan vitamin C 4biji sehari dan vitamin E 2biji sehari. Sedangkan itu dah lebih daripada yang sepatutnya. Jangan cari upline yang hanya memikirkan keuntungan sendiri semata-mata. Upline yang bagus akan membantu downline-downline sehingga berjaya.

2) Pilih kumpulan sokongan yang terbaik. Tinie tak tahu susur galur lain. Yang pasti susur galur kami, jangan kata upline yang bagi coaching online dan offline. Malah, kami juga mendapat tunjuk ajar daripada super super upline. Serius. Upline kepada upline kepada upline kepada upline. Pergh dah 4-5 keturunan dah. Saya memang bersyukur sangat.

3) Ada coaching Online dan juga Offline.
Oke ni contoh coaching offline. Yang terbaru kami menghadiri seminar JOM HEBAT MEGA
bersama host Jemputan En Amin Idris, Pengacara TV Al Hijrah dan penceramah motivasi. Best ke tak best. Ya Allah confirm la best, mana nak jumpa kelas coaching yang jemputan panelnya hebat-hebat. Bayaran pulak teramatlah murah. Dengan kos tak sampai seratus. Dah la tu, siap boleh bawak suami, anak, kami namakan bisnes Shaklee adalah "Bisnes Famili". Amin Idris pun kagum, katanya meriah macam family day :D.






Online pula, selain ada group-group rahsia yang mengajar selok belok dunia Shaklee bukan saja ilmu tentang produk malah Teknik membuat blog atau page. Teknik pemasaran  online dan offline. Semuanya diajar. Oh ya kami ada webinar. Di mana kami menghadiri kelas secara online, tak perlu keluar rumah, sambil menyusu anak pun boleh. Kadang-kadang kelas bukan hanya dari upline kami, malah sideline semua sedia berkongsi ilmu.

 Oke, langkah mudah nak jadi ahli bila dah pilih upline anda
1) Penyertaan sama ada, pembayaran RM65 bagi keahlian seumur hidup. Atau Keahlian percuma dengan pembelian barang bernilai 200uv iaitu bersamaan lebih kurang RM680.

2) Selepas buat pembayaran. Bagi maklumat anda kepada upline yang akan mendaftarkan anda secara online. Maklumat yang diperlukan adalah
  • Nama
  • No Kad Pengenalan
  • No Telefon
  • Alamat 
  • Emel 
  • No akaun bank (sekiranya anda layak mendapat bonus, bonus akan masuk ke dalam akaun ini)
3) Selepas pendaftaran anda akan dapat Id no. Dan boleh dah masa ni nak login sistem Shaklee di www.shaklee2u.com.my. Di laman ini anda boleh buat pembelian secara online, boleh daftar ahli dan boleh lihat bonus online.

4) Kalau daftar dengan Tinie, SPECIALnya lepas je daftar akan dimasukkan ke GROUP RAHSIA... SHAKLEE GREAT WARRIOR dan juga Group OH MY SHAKLEE wowwww... nak tahu betapa hebatnya group kami. Kena la daftar dengan Tinie.

Hubungi Tinie di
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
 ➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...