Sunday, May 4, 2014

^ TIPS KANAK-KANAK SEMBELIT ^


Masalah kanak-kanak sembelit memang kerap berlaku. Hari ini Tinie akan kongsikan beberapa tips bagi Kanak-kanak sembelit. Ibubapa yang mempunyai anak yang sembelit ini memang susah hati betul memikirkan apa yang nak dibuat kan. Kesian sangat bila tengok anak-anak meneran masa nak berak tu kan. (Maaf  ye Tinie gunakan perkataan berak berbanding buang air besar memandangkan itu istilah yang biasa kita faham dan mudah).


Punca Sembelit
  1. Kebiasaannya masalah sembelit berlaku pada bayi atau kanak-kanak yang mengambil susu formula bukan susu ibu. Jadi antara puncanya adalah:
  2. Susu yang tidak sesuai.Susu formula sukar dihadam dan diserap ke dalam usus.
  3. Memberi makanan pejal. Apabila usus anak belum cukup matang maka ia belum dapat memproses makanan pejal dengan baik
  4. Kurang pengambilan air. Apabila anak demam atau kurang minum air, dehidrasi membuatkan badan mereka memerlukan lebih air. Apabila kekurangan air, maka terjadilah masalah sembelit.
  5. Kurang pengambilan makanan berserat.

TIPS KANAK-KANAK SEMBELIT
  1. Tukar kepada susu yang lebih sesuai. Sebaiknya dapatkan nasihat dari Doktor yang bertauliah
  2. Tingkatkan pengambilan air
  3. Beri makanan yang lembut pada anak. Jika anak masih berusia lebih 6bulan, beri makanan separuh pejal seperti lobak yang dikisar. Ini akan menambah kandungan serat di dalam pemakanan mereka.
  4. Tingkatkan pengambilan serat dalam makanan. Pastikan ada buah dan sayuran dalam diet harian kanak-kanak. Selalu beri BUAH BETIK. Selain ianya tinggi serat, buah betik mengandungi bahan semulajadi yang dapat meransang pergerakan usus.
  5. Selalu bantu anak buat senaman. Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan buat pergerakan seolah-olah sedang mengayuh basikal. Ini akan merangsang pergerakan najis dalam usus


Pengalaman

Tinie sendiri mempunyai anak yang mengalami masalah ini. Nur Syaza Ardini anak sulung Tinie selalu sangat mengalami kesukaran masa nak berak ni. Allah. Masa umur dua tahun lagi susah sangat masa nak berak. Bila dia terasa nak berak tu, mulalah menangis. Terus dipeluknya Tinie. Dan masa tu habis basah berpeluh kepala dan badannya. Beria sangat menerannya. Memang kita pun rasa nak nangis tengok dia. Sampai berak tu jadi sesuatu yang menakutkan dan menimbulkan fobia pada dia.


Mealshakes Shaklee untuk masalah sembelit.
Disebabkan tak tahan melihat anak sembelit, maka Tinie mencuba Mealshakes ni. Apa yang membuatkan Tinie yakin adalah kandungannya yang mengandungi Dietary Fibre  3.0g/serving.
Menurut perunding diet klinikal, Tan Yen Seng, serat tidak larut air membantu mencegah sembelit dan melancarkan pembuangan najis manakala serat yang larut dalam air pula boleh mengurangkan paras gula dan kolesterol dalam darah. Setiap tumbuh-tumbuhan mempunyai kedua-dua jenis serat ini pada nisbah berbeza.
Serat tidak larut air memberi jisim kepada najis, untuk membolehkan najis dikeluarkan dengan lebih mudah. Najis kita menjadi ‘besar dan lembut’ kerana mengandungi pelbagai jenis serat tumbuh-tumbuhan yang menyerap banyak air. Dengan itu kurang tekanan diperlukan untuk mengeluarkan najis daripada usus besar.


“Berapa banyak serat yang kita perlukan? Setiap hari kita memerlukan 20 hingga 35 gram serat sehari. Untuk kanak-kanak (tiga hingga 18 tahun) keperluan serat harian mereka berbeza dan cara kiraannya ialah mencampurkan umur dengan lima. Contohnya anak anda berumur lima tahun, jumlah serat diperlukannya ialah 5 (umur) + 5 bersamaan 10 gram serat.
sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sumberutamaserat//Article/article_print
Alhamdulillah Tinie konsisten memasukkan Mealshakes Shaklee ke dalam susu anak. Hanya satu sudu kecil setiap hari. Satu tin mealshakes Shaklee bertahan sehingga lebih kurang 4bulan. Berapa lama nak nampak kesannya? Bergantung sebenarnya, tak ada jawapan yang tepat. Tetapi berdasarkan pengalaman Tinie, lebih kurang seminggu macam tu dah nampak anak mudah membuang. Tak lagi meneran. Najisnya pun lembut, tak lagi seketul keras macam dulu.


Mealshakes selamat untuk kanak-kanak berumur setahun dan keatas.
Harga Runcit Mealshake satu tong: RM120.58, hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa
Seperti yang saya beritahu satu tong lebih kurang 4bulan, jadi sebulan baru berapa saja kos yang anda laburkan berbanding kesihatan si kecil anda. Bukan saja sembelit tiada, malah ketahanan badan juga meningkat. Berikan yang terbaik untuk mereka. Hubungi saya sekarang

Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA*
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River, Proton City

11 comments:

  1. Masalah sembelit anak saya selesai dgn Mealshake...alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Bby sy ni skrg umur 3 tahun dan sudah ade masalah sembelit teruk. agaknya sudah seminggu xleh buang air besar, kesian sy tgk kat bby sbb xleh buang air besar tu. Mak mertua ade recommend guna susu tepung yg ade byk Prebiotics yg bagui utk masalah sembelit kanak kanak. Ade siape yg guna susu tepung dgn Prebiotics blh recommend kat sy??

    ReplyDelete
  3. Aq x pernah dgr tepung susu ade benda mcm Prebiotics pon. Isteri setiap kali beli pon tak pernah katakan ade Prebiotics. Setakat aq tau, formula susu blh buat anak2 semua lebih cerdik la, x pernah dgr blh rawat sembelit dia org tu. Anak2 ko org tu badan panas je, sbb tu dpt sembelit. Cume minum lebih air dan makan buahan lebih blh la rawat masalah sembelit tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mealshakes Shaklee tu.. ada prebiotics

      Delete
  4. dh byk susu formula di supermarket mengandungi prebiotics cam Mamil dari Dumex
    dulu mase bb umur 2 thn ade sembelit sye pon tuker2 susu formula tgk mane yg sesuai utk bb saye yg saye rase paling sesuai utk bb saye adlah mamil
    lps gune mamil utk 7 hari masalah sembelit dh hilang dn mase sembelit bb saye die npk gelisah dn murung dn lesu lepas guna susu formula mamil dia dh makin bertenaga

    ReplyDelete
  5. Bila nak beli kenalah pilih susu tepung yg betul bagus. Dapatkan jenama susu yg dipercayai dan pastikan formula itu boleh diminum oleh bayi yg sembelit. Murah punya tak semestinya bagus tapi utk anak sendiri, jenama yg proven lebih baik..

    ReplyDelete
  6. Hmm.. i pun rasa susu tepung sgt penting. Jangan beli sesuka hati kenalah baca betul2.

    ReplyDelete
  7. Anak saya umur dah 5 thn.. Boleh minum formula ni jugak? Masalah sembelitnya tak begitu serius tapi kadang kala sahaja.. Risau juga sbb tak healthy kan macam ni.

    ReplyDelete
  8. Nak tanya siki sebab abang tak pandai pasal hal jaga anak ni. Tapi isteri dah keluar bertugas.. sebelum keluar isteri ada pesan bagi anak minum banyak air sebab macam nak dah. Baru 2 hari saja isteri saya pergi, anak pun tak nak berak. Tiap2 kali pun nangis masa mau berak. Macam sembelit. Anak saya skrg minum Enfamil. Ibu bapa kalian ada masalah yg sama?

    ReplyDelete
  9. Bismillah,

    anak ketiga saya pun saya peluk bagi redakan kesakitan dia bila hendak membuang. lain cara, saya sapu minyak gamat di tatap kaki dan perut...alhamdulillah. di samping pemakanan yang berserat tinggi.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.