Saturday, March 14, 2015

^Resepi Lamb Chop Blackpepper Sauce^










Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA ✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat ✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/ ✉ Email: hartini.badri@gmail.com ✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952 ➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Suamiku sangat la suka makan kambing. Aku pulak suka sangat dengan sos lada hitam aka blackpepper sauce. Jadinya, aku pon buat la Lamb Chop with blackpepper sauce. Semuanya homemade. Ikutkan ada je kat pasaran sos lada hitam tu, dalam botol atau dalam bungkusan plastik. Tapi aku saja nak buat sendiri. Sesekali buat sendiri lagi puas kan. So di bawah ni resepinya.

Bahan Perap Daging2biji bwg putih*
2biji bwg merah kecil*
1 inch halia*
1 sudu lada hitam*
1sudu olive oil atau minyak jagung
stgh sudu garam
* Semua bahan ditumbuk
4 keping daging kambing dan diperap dengan bahan yang ditumbuk tadi.

Cara buat sos lada hitam
3 sudu butter
3biji bwg putih dicincang
2 biji bwg besar dipotong dadu
3 sudu lada hitam ditumbuk halus atau blend kering
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
1 sudu kicap manis
2 sudu sos cili
2 cawan air
3 sudu tepung jagung
stok ayam atau kiub ayam
garam
gula atau gula merah


Mulakan dengan Bismillah. Panaskan kuali, cairkan butter dan masukkan bwg putih kemudian bwg merah dan lada hitam. Masukkan air atau stok ayam. Diikuti sos tiram, kicap pekat, kicap manis, sos cili, bancuh tepung jagung dengan air sedikit dan masukkan kiub ayam, garam dan gula merah secukup rasa.

Bakar Daging Kambing
Daging yang telah siap diperap sekurang-kurangnya 2jam atau 1malam, daging dibakar menggunakan pemanggang ajaib. Sangat mudah. Boleh letak butter sikit. Dan letakkan daging. Lebih kurang 15minit ke 30 minit diterbalikkan dah siap.

Hiasan::


Coleslaw

Setengah biji kobis ungu
setengah biji carrot
perahan lemon/limau
mayonis

Kentang goreng
-digoreng dan ditabur garam sikit

Hirisan tomato dan Salad

Mudah je kan. Sedikit tips. Guna lada hitam betul dengan serbuk lada hitam, kesedapannya berbeza-beza. Aku suka pedas sikit, so kalau tak cukup pedas nanti aku tambah lagi lada hitam tu. Alhamdulillah masa hidang kat family semua puas hati. Kepuasan orang yang masak bila tengok orang gembira makan masakan kita kan kan..Hihi.. Tadaaa..ni hasilnya..




Friday, March 13, 2015

^IBU SAKIT LUTUT DAH MUDAH BERIBADAT DENGAN GEMBIRA^

Assalamualaikum
Hai kawan-kawan. Hari ni Tini suka nak kongsikan testimoni seorang sahabat yang suka sangat bila ibu yang Sakit Lutut dah mudah beribadat selepas mencuba Set Sendi Shaklee. Oh so sweet. Suka sangat bila dapat feedback dia yang sangat berpuas hati.

Alkisahnya mula dulu Kak T ni belikan Ostematrix je untuk mak nya. Siap mintak saya poskan dan letakkan kad lagi. Sukanya si ibu bila dapat vitamin dari anak siap dengan ucapan semoga ibunya cergas dapat sempurna beribadah padaNya. Saya sertakan pula masa tu buku Mudahnya Menjemput Rezeki(MMR mini) . Lagi la ibu itu suka.

Baru ni Kak T tambahkan ibunya dengan Set Sendi Lengkap iaitu Ostematrix, Advanced Joint Health dan juga Omega Guard. Alhamdulillah feedback yang diterima sangat menggembirakan. Banyak sangat improvement, dulu sakit lutut, lutut bengkak tapi kini dah hilang. Sendi bahu jari dah tak ketat dan tak bisa-bisa. Tidur malam pun dah lena. Lagi best awal pagi buang air lancar je dah takde sembelit. Siap boleh pergi mengaji di masjid dengan kayuh basikal lagi dalam 500meter jarak nya. Mak nya suka dan gembira sangat. Alhamdulillah saya pun teruja bila mendengar.



Jangan runsing ni bukan ubat tahan sakit atau maajun yang membahayakan. Betul. Ianya sangat selamat dan bebas dadah. Ada kelulusan KKM tau. saya besarkan sikit supaya senang nak lihat kan. Bukan apa kadang ada je yang cemburu lihat keberkesanan produk dengan mereka cerita yang bukan-bukan. Tambah pulak siap pesan dekat mak jangan ambik ubat yang sebarangan bila tengok adik beradik bagi Set Sendi Shaklee ni. Ye SHAKLEE BUKAN UBAT SEBARANGAN. Semua orang nak yang terbaik untuk ibubapa kita. InsyaAllah jangan risau oke.


*Kredit kepada empunya gambar Celikvitamin.com




Nak cuba set Sendi ni? Boleh sangat, klik je button di bawah ye. Dan boleh hubungi saya bila-bila masa.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c8d9450ad0f783748512ced1c72c5da3

Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Thursday, March 12, 2015

^GASTRIK KRONIK SELAMA 10 TAHUN ADAKAH PENAWARNYA?

Assalamualaikum
Ha kawan-kawan, hari ni kita cerita pasal masalah Gastrik.Ada tak yang pernah mengalami GASTRIK KRONIK. PEdih sangat ulu hati, sepanjang hari resah tak boleh nak baring. Pedih je rasa perut. Serba tak kena. Berjalan pon bongkok-bongkok. Ada yang kadang tu sampai rasa nak pitam.

gastrik shaklee

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Pada yang bertanya bolehkah gastrik kronik ini sembuh. Saya sangat percaya setiap penyakit ada penawarnya. Cuma kita perlu berikhtiar mencari yang manakah yang sangat sesuai dengan keadaan diri kita.
Dan wanita hebat ini yang dulunya SAKIT GASTRIK KRONIK SELAMA 10 TAHUN alhamdulillah telah bertemu dengan penawarnya. Jom kita saksikan.


Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.

Pilihannya adalah: ESP +OSTEMATRIX dan PEPPERMINT GINGER


gastrik shaklee

1) Energizing Soy Protein – ESP (850g)

ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.


2) Ostematrix (120 tablet)

Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.

Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sebab tu tak pernah kita lihat bayi dan kanak-kanak yang banyak minum susu tak de sakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat dari ubat kapur hospital yang sintetik tu.


3) Peppermint Ginger Plus (90tablet)

Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.


Jika anda berminat untuk terus mendapatkannya boleh hubungi saya atau jika nak terus beli online pon boleh, klik saja di sini,jangan risau selepas pembelian saya akan guide anda cara makan yang terbaik.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=311c3fb9c939d92981994c62490b36f3



Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com ✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952 ➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Wednesday, March 11, 2015

^TEMPAT MAKAN BEST TERENGGANU, NASI DAGANG TERBAIK^

Assalamualaikum

Walaupun dalam mood diet(la konon) hihi, tiba-tiba teringat kenangan berjalan-jalan bersama keluarga ke Terengganu hujung tahun lepas. So kami pun  apa lagi, biasa la mencari  tempat makan best Terengganu.  Antara menu yang dah ada dalam list seperti Nasi Dagang, Satar, Otak-otak, Telur Penyu, Keropok Lekor.

MAKAN PETANG BEST DI TERENGGANU
Kami sampai di Terengganu dah petang, jadi bermulanya makan petang di Terengganu. Disebabkan kami pergi dengan adik ipar yang pernah bekerja di Terengganu, jadi agak mudah la, mencari port makan best ni. Mula-mula kami sampai sana, adik ipar ni cakap "Nanti kita pergi ICT". Kami suami isteri ni takde la bertanya banyak. Ye kan je. Dalam kepala saya ni dok berfikir "Ooo kat Terengganu ni pun ada ICT macam Shah Alam." Tapi macam pelik pulak Pak Teh nak bawak kita ni g ICT petang-petang hari. Ada apa pun boleh nampak. Dalam pada hati berkata-kata perjalanan tetap diteruskan. Tup-tup Pak Teh berhenti di area Lapangan Terbang. Rupa-rupanya ICT tu adalah IKAN CELUP TEPUNG. Hahaha alkisahnya. Kat situ semua menu nya celup tepung, ikan pari celup tepung, ikan kembung celup tepung, udang, ketam, sotong. Takde nasi tau, ratah macam tu je. Oh ye, bihun goreng ada. Kami memang fokus meratah je, tak ambik makanan berat pun. Sos nya special tu yang menjadikan sedap tu. Tepung nya pun rangup, kena pulak panas-panas. Perghh memang laju je la.
ikan celup tepung lapangan terbang terengganu


Malamnya kami tak jumpa port yang best. Mungkin jugak sebab dah kenyang makan petang jadi tak beria sangat mencari kedai yang best. Kami makan di tepi Pantai Batu Buruk je. Tak jauh dari rumah MARA yang kami duduk tu. Masakannya biasa je, atau mungkin jadi biasa sebab servis lambat hihi.

MAKAN PAGI BEST DI TERENGGANUAha, yang ni nak cerita best. Makan pagi tu saya dan suami je keluar. Mak mertua dan adik ipar malas nak keluar. Jadi kami nak bungkus je la. Saya pun google. Sekali saya jumpa la review dari mereka yang bertandang ke Terengganu. Nasi Dagang yang best. Pusing-pusing jumpalah kedai tu. Warung biasa je. Sekali tengok tak bukak lagi, orang baru hantar nasi bungkus. Aha, lebih kurang kan dengan Kelantan, mereka suka dengan nasi berlauk siap bungkus. Disebabkan kedai tu macam baru kemas-kemas nak bukak, saya sambil tu men "google". Sekali nampak satu post ni review dari anak jati Terengganu. Katanya kalau balik kampung mesti singgah ke kedai Nasi Dagang Terbaik tu. Hmm saya percayakan review dari anak jati lagi dari pelancong. Jadinya saya ajak suami ke lokasi kedai tu, iaitu di Medan Makan di Pantai Batu Buruk. KAK PAH NASI DAGANG . Kami sampai tu hampir pukul 8. Dari jauh kami memerhati kedai yang mana satu ke dikatakan tu. Saya tunjuk pada suami, satu kedai tu yang ramai orang. Kata hati saya, rasanya kedai tu. Ramai yang duduk menunggu.



tempat makan best terengganu


Dan ada yang beratur. Sedang kami beratur, baru nampak pekerja kedai bawak masuk periuk yang berisi nasi dagang dan lauk yang ditunggu ramai tu. Mak aii, belum sampai makanannya dah ramai orang. Kedengaran suami pakcik tua yang berkopiah yang menyuruh bagi dia dulu. Dia dah sampai awal selepas Subuh berjemaah di Masjid tadi. Perghh lagi awai hihi. Masa kami beratur tu, di belakang kami ada sorang akak tu.


Masa sembang dengannya katanya ni memang tempat favourite ramai orang. Dia pun memang selalu beli situ. Dia siap guide lagi, nak jimat beli je nasi brp dan lauk ikan berapa ketul. Sebabnya ikannya besar dan kuahnya pun nanti banyak. Bila tiba giliran kami, kami pun order seperti yang akak tu ajar. Haah memang banyak pun. Akak tu pun promot untuk mencuba Nasi lemak katanya sini special sebab Nasi Lemak sambal ikan tongkol. Memang suka derang dengan ikan tongkol kan hihi.

Dan bila sampai kat rumah, kami pun makan. Alhamdulillah kena dengan selera mak mertua dan kami. Memang sedap. Nasi Dagang nya rasa sangat special, bau pun best. Sampai rasa nak pergi repeat. Hahaha.. Nasi lemak pun best.

MAKAN TENGAHARI BEST DI TERENGGANU
Kalau makan tengahari pulak, kami folow adik ipar ni punya cadangan.Restoran Mat Binjai. Nampak biasa-biasa je kan. Memang biasa pun. Tapi menunya yang simple tu yang best. Ada Ikan bakar, Ikan tongkol masak singgang yang best. Ada buduuu..pergh ulam ulaman yang banyak. Dan juga Telur penyu. Alhamdulillah ada telur penyu kat sini sebabnya saya beli kat Pasar Payang sebelum tu tak cukup. Mak saya tambah order pulak. Apapun dengan harganya memang berbaloi makan kat sini.


Pendek kata perjalanan kami ke Pantai Timur tahun lepas memang best, dapat pergi tempat makan yang best, tempat shopping yang best. Ziarah tempat yang best macam Masjid Kristal pastinya. Jadi bagi yang berkunjung ke Terengganu. Selamat bercuti!


Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA produk Shaklee:
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Tuesday, March 10, 2015

^CYST 5.28cm HILANG DALAM MASA 1 BULAN??^

Assalamualaikum
Syukur alhamdulillah, hari ni dapat berita gembira customer berjaya HILANGKAN CYST sebesar 5.28cm dalam masa sebulan. Setiap yang ada cyst pastinya rasa risau je kan. Macam customer saya ni Pn N beliau risau sangat bila doktor cakap jika cyst semakin membesar nanti kena operate.


Ceritanya begini, 15 Februari lepas saya menerima whatsapp dari seseorang yang bertanyakan GLA COMPLEX. Saya bertanyakan pada beliau untuk apa beliau ambil Gla Complex ni. Katanya untuk masalah cyst nya dan beliau juga bleeding.  Saya berkongsi cerita, saya juga punya customer sendiri lebih 5 orang yang berkongsi kisah cyst semakin kecut dengan Shaklee dengan izin Allah. Oleh kerana takut untuk operate, Pn N nak berikhtiar dengan Shaklee.


Setelah hampir sebulan penggunaan secara konsisten Gla Complex, Hari ini saya dapat berita gembira dari Pn N,setelah follow up dengan doktor semalam. Setelah scan, doktor mendapati Cyst telah hilang. Allahuakbar. Alhamdulillah. Jadi pembedahan tak perlu dibuat. Lega sangat Pn N dan saya juga tumpang gembira.


Cuma beliau masih lagi bleeding, jadi saya nasihatkan untuk teruskan pengambilan Gla Complex dan tambah Vitalea untuk bagi tenaga dan tambah sel darah untuk menampung kehilangan darah akibat bleeding. Katanya doktor pun beritahu begitu juga ia masalah hormon jadi untuk stabilkan hormon Pn N akan terus mengambil Gla Complex. Alhamdulillah. saya doakan Pn N akan kembali sembuh dan berjaya mendapatkan cahayamata kedua.


Bagi yang ingin berikhtiar dengan Shaklee, saya mohon anda istikharah atau fikir yang terbaik. Tak salah untuk mencuba tapi biar disertakan dengan keyakinan di hati dan doa selalu. Itu yang selalu saya pesan untuk pelanggan saya. Dan bagi yang nak terus order, anda boleh klik button di bawah.

Set Cyst


Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Tuesday, March 3, 2015

^Ambil Vivix untuk Masalah Air Kencing ada Protein, Akhirnya Slip Disc Sembuh dengan Vivix!"

Assalamualaikum

Hari ni Tinie nak kongsikan tentang feedback pelanggan yang mengambil Vivix untuk tujuan lain tapi Vivix akhirnya melegakan masalah Slip Disc yang dihadapi sebelum ni.VIVIX memang terbaik untuk masalah Slip Disc.



Al-kisahnya, ibu ini membelikan Vivix untuk anak lelakinya yang berusia 27tahun. Bagi masalah air kencing ada protein yang tinggi atau dikenali dengan Nephrotic Syndrom. Setelah pengambilan hampir sebulan, saya pun bertanyakan khabar dengan ibu ini. Menjadi tugas saya sebagai pengedar yang bertanggungjawab untuk bertanya khabar pelanggan dan memastikan mereka mengambil vitamin dengan konsisten dan mengikut jadual makan yang terbaik. Demi memastikan mereka mendapat manfaat yang secukupnya dari penggunaan yang konsisten.


Selepas saya menghantar pesanan Whatsapp, tidak lama kemudian ibu ini menelefon saya dan memberitahu anaknya masih mengambil Vivix dan Omega Guard secara konsisten. Alhamdulillah nampak perubahan, tetapi apa yang menakjubkan kata ibu ini, anaknya bukan saja rasa lebih sihat, malah masalah SLIP DISC yang dihidapi nya sebelum ini beransur pulih dan tidak lagi menanggung sakit seperti sebelum ini. Kalau tidak katanya, anaknya sering saja mengadu kesakitan akibat masalah Slip Disc itu. Bila anaknya google baru dia menyedari Vivix dan Omega Guard yang diambilnya juga berfungsi secara menyeluruh dan membantu untuk masalah Slip Disc.

MANFAAT 

 
OMEGA GUARD

– Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi
– Bertindak sebagai pelincir pada sendi.

Vivix™
– Merupakan agen anti penuaan di mana menjaga keanjalan struktur Disc tulang belakang dan mengurangkan risiko Slipped Disc.
– Menyokong kesihatan sendi.
– Menyokong kesihatan menyeluruh.


Apabila membaca manfaat Vivix dan Omega untuk masalah sendi, Terus anak ini menyarankan untuk ibunya pula merasai manfaat Vivix ini.

Masa saya dengar suara ibu yang gembira ini. Allahuakbar Allah saja yang tahu gembiranya rasa dapat membantu mereka di luar sana untuk jadi lebih sihat dan cergas. Terus sahaja ibu ini ingin membuat pesanan bagi Set Sendi untuk dirinya sendiri. Beliau ingin mengamalkan Vivix untuk dirinya sendiri selain dari Set Sendi Shaklee iaitu Advanced Joint Health, Ostematrix dan Omega Guard. Ibu ini juga mengalami sakit sendi yang menyukarkan dirinya untuk berdiri menunaikan ibadah solat.

Mari kita sama-sama doakan agar ibu ini juga mendapat manfaat daripada konsistensi Set Sendi Shaklee dan juga Vivix untuk masalah sendi nya itu. Tempoh hari ibu ini mendaftarkan anaknya keahlian Percuma Shaklee untuk mendapatkan manfaat harga ahli yang super murah dan dapat cash back dari pembelian. Dan hari ini ibu ini mendaftarkan dirinya pula sebagai ahli dengan pembelian 2botol Vivix. Apabila telah mengetahui manfaatnya, memang ramai yang tidak teragak-agak untuk memilih mendaftar keahlian Shaklee secara percuma.

Di sini saya kongsikan lagi Testimoni masalah Slip Disc sembuh dengan Vivix. Dengan izin Allah jua. Alhamdulillah.


Testimoni Slipped Disk Shaklee

Bagi yang ingin mendapatkan Vivix untuk masalah Slip Disc atau Set Lengkap Sendi, boleh order dengan KLIK sini:
pssttt BELI 2 BOTOL VIVIX dapat PERCUMA KEAHLIAN, dapat CASH BACK & PERCUMA PENGHANTARAN!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=214b755638073f8c465646edaad3c6ca
Selepas pembelian, sila hubungi saya untuk saya guide cara makan yang terbaik. Anda juga boleh order dengan menghubungi saya seperti maklumat di bawah. Saya juga boleh COD Shaklee kawasan Tanjong Malim dan sekitarnya dan juga kawasan Manjung.






Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Monday, March 2, 2015

^Penapis Buah Pinggang Bocor updated: Doktor menangguhkan Biopsi^

Assalamualaikum kawan-kawan


Bagi yang mengikuti cerita suami Tinie yang mengalami masalah Penapis Buah Pinggang Bocor mesti ada yang tertanya apakah perkembangannya. Seperti yang diceritakan pada post sebelum ni Penapis Buah Pinggang Suamiku Bocor , suami menangguhkan untuk proceed dengan ubat-ubatan steroid setelah mengkaji kesan buruk steroid. Jadi kami pulangkan ubat-ubatan, dan bersetuju untuk menjalani biopsi sambil meneruskan rawatan dengan VIVIX dan OMEGA. Dan Alhamdulillah selepas 3botol bacaan protein dalan urin adalah negatif.


3 minggu lepas Tinie menemani suami menjalani rutin menemui Doktor pakar di Hospital Selayang. Ikutkan untuk dapatkan tarikh untuk biopsi. Oh ye kami setuju untuk prosedur ini setelah membuat sedikit kajian dan bertanyakan beberapa orang yang lebih arif. Tinie ambik cuti satu hari untuk pergi menemani suami, selepas hantar anak ke sekolah kami bergerak ke Hospital Selayang.

Pesakit Nephrotic Syndrom sembuh


MasyaAllah ramai betul orang di hospital besar tu. Ni pertama kali Tinie jejakkkan kaki ke sana. Nak dapatkan parking punyalah susah walaupun tempat parkingnya dah banyak.



Alhamdulillah sistem mereka sangat mudah walaupun ramai pesakit nak dapatkan rawatan tetapi disebabkan sistem blok waktu temujanji tu. Tempoh menunggu pun tak lama. Syaratnya kita jangan datang awal sangat, ikut saja waktu temujanji yang diberikan. Tahniah Hospital Selayang.

Selepas mendaftar dan menunggu dengan tempoh tak lama, kami pun berjumpa doktor. Doktor pun review result darah, air kencing semua. Bertanyakan 3-4 soalan. Akhirnya kata doktor, kita tangguhkan dulu memandangkan tengok result oke. Kita tunggu lagi 3bulan tengok macam mana.
Alhamdulillah. Tinggal lagi appointment di Hospital Selayang ni je. Di Hospital Sg Buloh memang dah takde appointment dah bila Doktor monitor result oke tempohari.

Lega rasa hati, macam mana pun, saya tetap teruskan pengambilan Vivix untuk suami setiap hari. Selain untuk masalah sakitnya itu, Vivix juga bagus untuk kesihatan menyeluruh termasuk untuk Jantung dan Kolesterol.

Bagi yang ingin mencuba Vivix, masih berkira-kira sama ada berbaloi atau tidak membeli sebotol kecik itu dengan harganya yang RM475 itu.(nak murah boleh tanya Tinie ok?). Saya tidak memaksa anda untuk meneruskan niat itu. Istikharah lah mohon petunjuk Dia, apakah yang terbaik untuk anda. Ikhtiarlah untuk apa jua masalah anda. Kerana saya percaya, setiap penyakit itu Allah tak datangkan tanpa penawarnya. Carilah.



Dan jika anda ingin membeli, pastikan beli dengan mereka yang boleh guide anda cara makan yang sebenar dan terbaik. Ini kerana saya terima juga soalan dari mereka yang dah membeli dengan orang lain tetapi tidak di guide cara makan. Saya mohon maaf kerana konsultasi saya eksklusif hanya untuk mereka yang membeli dengan saya sahaja. Semoga Allah permudahkan usaha kita. InsyaAllah.

Nak beli terus?? Boleh Klik ni..
pssttt BELI 2 BOTOL VIVIX dapat PERCUMA KEAHLIAN, dapat CASH BACK & PERCUMA PENGHANTARAN!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=3ab424785a566433afcb3c00c56209d0
Terkini: Ikuti Video Testimoni suami saya di sini



Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...