Monday, July 13, 2015

VITAMIN C TERBAIK MALAH LUAR BIASA HEBAT

Vitamin C ada banyak sangat jenama di pasaran, dari yang semahal-mahalnya hingga lah ke semurah-murahnya. Apa yang membezakan Vitamin C Shaklee ni sehinggakan ada pihak yang sanggup re-pack semula dan menjualnya dengan nama-nama pelik untuk menarik perhatian.


Perbezaan Shaklee
"Sains pembebasan berterusan secara semulajadi vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet VItamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebesan 1.5 vitamin C tersebut ke dalam tubuh badan kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet vitamin Shaklee dalam jurang masa 5 jam mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120m bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi menentang infeksi bakteria dan juga radikal bebas.

Manfaat Utama Vitamin C Shaklee
  • Membentuk kolagen- meransang pembentukan kolagen.Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot jadi lembik.
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan- Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecedaraan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar
  • Peningkatan Sistem Imun- Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik. Membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit serta astma. Ia juga berfungsi meningkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema. (Tips dari saya: Bila saya mula hendak selsema, iaitu hidung mula rasa panas dan tersumbat, saya akan ambil Vitamin C Shaklee ini 2 biji dan rehat, insyaAllah kebiasaannya tak jadi selsema, selamat mencuba!
  • Memerangi Kanser- Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa,mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita
  • Mencantikkan Kulit-Ambil Vitamin C Setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki insomnia- Pengambilan vitamin C secara konsisten dapat memperbaiki insomnia, stress dan masalah berkaitan mental seperti keresahan
  • Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus menghalang pendarahan dalaman hidung berdarah dan pendarahan serebral.

 TAHUKAH ANDA??
  • 1 batang rokok melupuskan 50-100mg Vitamin C

  • Keresahan akan mempercepatkan penyusutan Vitamin C

  • Kontraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan Vitamin C yang banyak.

  • Terlebih dos yang banyak akan menyebabkan cirit birit (melebihi 12 kapsul)

  • Vitamin C adalah larut air, ia tidak disimpan di dalam tubuh, jadi kita perlu mengambilnya setiap hari
  • Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh itu buah yang tidak ranum mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.
 Pasti anda teruja bila membaca istimewanya Vitamin C dari Shaklee ini kan. Untuk maklumat anda, Sustained Release Vita-C Plus 500mg dijual pada harga RM92.50/180biji. JIka anda ambil sebiji sehari maka sebotol tahan sehingga 6bulan. Harga yang sangat berbaloi.


https://shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=714bb9ae1e0f98eab9dff4c8edaeb6f8


Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

Sunday, July 12, 2015

PENCUCI MUKA SHAKLEE UNTUK KULIT KOMBINASI SEMURAH RM9.92*


Rutin paling penting dalam penjagaan muka adalah mencuci muka. Nak cari pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit kita bukan senang ye dak. Nak kena kenalpasti jenis kulit kita dan masalah kulit kita.Hari ni saya nak share pengalaman saya dengan pencuci muka Shaklee Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser yang semurah RM9.92 sebulan.

Jenis kulit saya adalah kombinasi iaitu di bahagian T zone iaitu di dahi, hidung dan dagu agak berminyak sementara di beberapa bahagian seperti di tepi hidung dan pipi sedikit kering. Jadi nak memilih pencuci muka yang sesuai agak susah. Kebanyakannya bila saya pakai kulit akan terasa tegang. Jadi kebiasaannya saya sangat jarang menghabiskan satu tiub pencuci muka. Saya rela tak mencuci muka dari tidak selesa dengan kesan selepas memakai pencuci muka yang tidak sesuai itu. Makanya bila rutin mencuci itu diingkari mulalah jerawat seronok naik di muka ni.

Setelah membaca beberapa review, hati tertarik untuk mencuba  produk Shaklee ni iaitu Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser. Oke jangan pelik ye, Shaklee bukan saja ada vitamin tapi juga ada rangkaian produk untuk kecantikan kulit juga rangkaian pencuci penjagaan rumah. Pada mulanya saya sendiri berasa mahalnya harga untuk satu tube pencuci muka. Tetapi setelah mendapat tahu ianya tahan hingga setahun saya pun nekad untuk mencuba(walaupun dalam hati betul ke sampai setahun ni)
pencuci muka kulit kombinasi

Pencuci muka ni saya beli pada Ogos 2014. Dan hari ni sudah 12 Julai 2015 dan ada sedikit lagi tinggal dan saya rasa memang sempat la hingga hujung bulan ni untuk saya repeat beli tiub kedua. Dan saya pun buat la calculation, berbaloi atau tidak. Harga runcit satu tiub pencuci muka Shaklee yang best ini adalah RM119. Bila dibahagi dengan 12bulan ia bersamaan dengan RM9.92. Yang bagi saya kosnya amatlah murah dan berbaloi. (pssttt harga ahli semestinya lebih murah)

Semasa mencuci ianya berbuih banyak. Jadi perlu tekan sikit je memang dah berbuih banyak. Buihnya lembut saja, memang bila meratakan di muka itu terasa kelembutannya. Sesuai sangat dengan namanya Gentle Deep. Dan selepas bilas kulit rasa segar, lembut, dan bersih.
Gentle Deep Foaming Cleanser diperbuat daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan terpilih tanpa kandungan bahan kimia berbahaya yang merengsa kulit
  • Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
  • Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga ke dalam liang-liang kulit
  • Strawberri begonia mencerahkan dan mengimbangi pigmen,Lembut dan menyegarkan
  • Tidak mengandungi bahan pewangi (yang mana ia boleh merengsa kulit mereka yang berkulit sensitif)
Dan saya kongsikan juga beberapa testimoni lain untuk anda:
testimoni nutriwhite


 testimoni nutriwhite shaklee

 testimoni nutriwhite cleanser


testimoni nutriwhite cleanser


testimoni nutriwhite

Apa tunggu lagi, jom cuba Nutriwhite Shaklee, baloi memang berbaloi. Hubungi saya untuk saya consult anda yang terbaik.



Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
 ➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River

AMALAN WANITA HAID DI MALAM LAILATUL QADAR

"Uwaaa dah period pulak" Reaksi sesetengah wanita bila didatangi haid. Bagi wanita yang haid janganlah sedih bila merasakan kita tak dapat merebut pahala di malam seribu bulan ini.

Saya faham perasaan itu sebab ini tahun pertama saya haid di bulan Ramadhan sejak 7tahun kebelakangan ini. Sebelum ini alhamdulillah dapat berpuasa penuh kecuali atas sebab tidak boleh berpuasa untuk menjalani ujian darah iaitu bila perlu minum air gula. Sejak kahwin saya memang tidak datang haid samada kerana mengandung atau sebab menyusui anak. Alhamdulillah rezeki.
Tahun ni saya bersiap sedia dengan menimba ilmu berkenaan amalan yang boleh dibuat di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan ini. Dan saya kongsikan semoga ada kebaikannya pada yang membaca.

1. REDHA DENGAN APA YANG TELAH DITAKDIRKAN ALLAH
Ye berlapang dada dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah. Sudah tertulis kita haid di dalam 10 Ramadhan terakhir. Andai malam Lailatul Qadar jatuh pada hari kita haid maka redha lah. Ia tanda keimanan kita padaNya. InsyaAllah besar pahalanya bila kita redha.


2. BANGUN MALAM DI SEPERTIGA MALAM

Walaupun kita tak boleh solat sunat seperti semua orang yang bangun bertahajud, tetapi kita tetap boleh bangun di tengah malam untuk melakukan amalan lain. Saya teringat dengan satu sharing di facebook tentang amalan seseorang yang kawannya ceritakan. Cerita kawannya, wanita ini setiap malam bangun di tengah malam, walaupun dalam keadaan haid. beliau akan bentangkan kain batiknya mengadap kiblat kemudia beliau akan berzikir dan berdoa.
Antara amalan yang boleh kita lakukan ketika bangun di tengah malam ini adalah
  • Beristighfar memohon keampunan Allah
  • Berzikir Lailahaillallah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
  • Mendengar ayat Al-Quran
  • Mentadabbur ayat Al-Quran iaitu melihat tafsir dan menghayati maknanya
  • Muhasabah diri
  • Berdoa dengan bersungguh-sungguh
  • Mengejutkan ahli keluarga atau kawan-kawan untuk bertahajud bersama
  • Menyediakan makanan sahur untuk mereka yang berpuasa
3. IBADAH-IBADAH LAIN
  • memberi nasihat amar makruf nahi mungkar
  • menghadiri majlis ilmu, menulis blog atau post facebook yang menyeru ke arah kebaikan,
  • bersedekah
  • membantu mereka yang memerlukan
  • menyebarkan salam
  • menyediakan juadah berbuka puasa
Rebutlah, rebutlah peluang wahai wanita sekalian. Jangan membataskan haid untuk berbuat kebaikan dan merebut malam Lailatul Qadar. Semoga amalan kita semua diterimaNya. InsyaAllah.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.  Wallahualam

Saturday, July 11, 2015

NOSTALGIA RAYA: KUIH RAYA OH KUIH RAYA


Dah jadi kewajipan di hari raya mesti ada kuih raya kan. Walaupun sekarang dah agak kurang dengan banyaknya kerepek dan pelbagai pilihan biskut moden, kuih raya tradisi tetap ada pengikut yang tersendiri. Dan saya pasti setiap anda mesti ada kenangan nostalgia yang diingati bila sebut tentang kuih raya. Dan ini nostalgia saya..


KUIH PALING SUKA BUAT



Di hari minggu macam ni saya teringat tentang kuih raya bukan apa. Zaman anak dara dulu waktu cuti Sabtu Ahad ni la pulun nak buat kuih raya. Sampai lenguh-lenguh la pinggang membuatnya. Tak tahu la kenapa rasa tak lengkap je kalau tak buat. Paling-paling pun saya mesti buat biskut kacang Mazola dan samprit. Resepi yang mudah tapi suka buat sebab memang di kalangan ahli keluarga ramai sukakannya. Kalau biskut Mazola tu Arwah Atok saya pun suka. Tapi Tok panggil BISKUT KACANG TENGGEK, hihi sebab dulu-dulu mesti ada kacang tanah separuh ditenggek atas biskut dan disapu telur kuning. Haha tapi tu dulu la, sekarang jarang dah jumpa orang buat jual yang macam tu. Dan biasanya kalau raya Tok akan tanya ada ke kuih nya tu. Kebiasaannya keluarga saya atau pun keluarga makcik saya Ateh yang rajin buat kuih tu. Tu kalau saya buat, saya akan buat adunan yang banyak, untuk rumah mak dan rumah Tok. Tapi tahun ni Atok dah takde. :(

KUIH PALING SUKA MAKAN

Bab ni saya suka sangat Kuih Bakar Kacang Hijau. Yang ni memang legend. Jarang sangat jumpa orang jual kuih ni. Dulu-dulu arwah Opah saya ada buat kuih ni. Pastu makcik saya pun ada buat, tapi beberapa tahun ni makcik dah tak larat. Dengarnya kuih ni susah sikit nak membuatnya sebab bakar guna kayu jadi tak ramai yang membuatnya. Entah lah sebab saya tak pernah cuba. Saya ingat lagi, anak sulung saya dilahirkan 2hari sebelum Syawal secara czer yang telah dijadualkan. Jadinya masa berbuka puasa sehari sebelum dibedah tu, saya mintak suami bawakkan kuih ni kat hospital dan saya pulun makan dari waktu berbuka sehinggalah hampir pukul 10 malam. Haha. Macam kan lepas tu takkan dapat makan dah. memang best la lemak-lemak gitu. Sekarang ni mak mertua selalu tempah dekat sorang akak dekat dengan rumahnya. Dan saya mesti akan sebelahkan ke satu bekas kecik dan letak di meja kerja saya nanti. Makan sikit-sikit sampai dah nak habis Syawal. Haha.. suka benor kata orang Perak.

KUIH PALING MALAS BUAT tapi Sedap

Kuih Siput dan Peyek(Rempeyek). Uwaaa tahap menangis wooo kalau mak saya siapkan adunan ni lepas bersahur dulu. Well, keluarga kami kan besar. Jadi mak ni dah terbiasa buat adunan memang banyak. Jadi kalau buat adunan peyek tu jenuh la mengadap dapur menggorengnya. Ate, kalau bab mengadap depan tv senang je nak mengabihkannya kan.


Lepas tu kuih siput pulak naik sakit jari-jari ni menggentel adunan ke acuan kat depan tv. Lepas satu-satu cerita tak habis habis. Jenuh bersimpuh, melunjur. Kadang rasa nak baring. Tapi kalau dapat baring lepas tu memang lena. Sakit badan woo membuatnya. Haha...yang ni pun bab nak makannya cukup mudah, segenggam segenggam habis.

Tahun ni saya tak buat satu pun lagi kuih raya. Ada tempah sikit-sikit dengan kawan-kawan. Nasib baik biskut mazola yang saya tempah ni sedap. Sama sedap macam saya buat zaman rajin dulu, haha. Terima kasih kepada Anis Homemade Bakery. Memang terbaik. Arwah abah selalu je cakap kat saya dan adik dulu, "Hangpa ni penat-penat je buat kuih, bukan makan sangat pun, lain kali beli je la"
Tahun ni saya decide taknak buat kuih sebab nak tumpu ibadah dan bisnes Shaklee ni. Memang kalau badan penat buat kuih siang atau awal malam, malam nanti saya tak larat dah. Saya kagum pada mereka yang dapat pulun semua. Tahniahhhh!! Tahniah kerana anda menceriakan raya semua orang dan mengembalikan nostalgia di hari raya.

Friday, July 10, 2015

BAYAR ZAKAT ONLINE MAYBANK2U(M2U) SEMUDAH ABC

Pembayaran zakat sekarang ni dah jadi lebih mudah dengan adanya pembayaran online samaada pergi ke laman web zakat negeri tertentu ataupun pembayaran zakat menggunakan Maybank2u.
Hari ni saya akan kongsikan bagaimana membayar zakat pendapatan menggunakan Maybank2u.


Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat al-Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional. Zakat Gaji dan Pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.

Sebelum proceed untuk pembayaran, anda perlu taksir atau kirakan dulu berapakan bayaran bulanan atau tahunan yang perlu dibayar. Jadi anda boleh masuk laman web zakat. Anda boleh gunakan kalkulator zakat di
PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAIWP
zakat online
atau 
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK (MAIPk)
Saya menggunakan kalkulator MAIPk dan paparan adalah seperti di bawah:
Masukkan semua maklumat yang diperlukan.
zakat online
Di bahagian nisab anda boleh rujuk Nisab Semasa di mainpage laman web. Rujuk gambar di bawah.

Setelah memasukkan semua maklumat yang diperlukan, maka jumlah yang perlu dibayar akan dipaparkan.
Untuk teruskan pembayaran menggunakan maybank2u.com, sila login ke laman web tersebut. Seperti biasa masukkan username dan password.

zakat online

Pilih Account & Banking.


Pilih Make A One Off Payment
 zakat online maybank 

 Pilih Zakat & Charity
zakat online maybank

Pilih Majlis Agama Islam atau Jabatan yang berkenaan

zakat online maybank

Isikan maklumat yang berkenaan.

zakat online maybank2u

Di bahagian Type Of Zakat anda boleh memilih samaada zakat Pendapatan, Zakat Kwsp atau lain-lain.

jenis zakat online maybank2u

Setelah anda selesai mengisi semua bahagian, klik Continue, seperti biasa ia akan meminta TAC nombor. Setelah masukkan Tac no, proses pembayaran  selesai. Alhamdulillah. Nak setkan sebagai favourite pun boleh, jadi senang pada masa akan datang kan.



Zakat bermakna berkah. Makna ini menyampaikan bahwa orang yang mengeluarkan hartanya untuk berzakat di jalan Allah Swt., maka hartanya akan selalu dilimpahkan keberkahan oleh Allah Swt. Keberkahan harta akan memberikan dampak positif kepada seseorang sehingga memperoleh keberkahan di dalam kehidupannya. Orang yang hidupnya berkah, maka ia akan dimudahkan oleh Swt. untuk bisa istiqamah dalam menjalankan kebaikan-kebaikan sesuai syariat Allah Swt. Tidak hanya itu, ia bahkan bisa menambah amal-amal kebaikan dalam kehidupan hariannya. Mengapa zakat memberikan keberkatan dalam hidup seseorang ? Ini kerana orang yang berzakat pada hakikatnya telah membersihkan harta dari kotoran sehingga harta yang dipergunakan dalam kehidupan kesehariannya adalah harta yang suci dan bersih. 

Zakat bermakna tumbuh dan berkembang. Makna ini menegaskan bahwa orang yang menunaikan zakat, maka dengan izin Allah Swt. hartanya akan sentiasa tumbuh dan berkembang. Hal ini disebabkan oleh kebersihan harta yang digunakan dalam kehidupan hariannya. Allah Swt. tidak akan pernah memberikan permasalahan terhadap harta dan usaha (misalnya muflis, hancur, rugi dalam berusaha) terhadap orang-orang yang menunaikan zakat dengan ikhlas karena Allah Swt. semata.

Semoga dengan mensucikan pendapatan kita dengan menunaikan zakat dapat menenangkan hati kita dan mempermudahkan urusan kita. Zakat tanda kita bersyukur atas nikmatnya. Dan Allah dah janji bila kita bersyukur Allah akan tambah nikmatnya. InsyaAllah. Sekian, perkongsian saya untuk hari ini, selamat mencuba.






Thursday, July 9, 2015

ANAK TINGGAL IBUBAPA DI HOSPITAL SEMATA-MATA UNTUK BERAYA

Mula-mula baca status UZAR tentang anak-anak yang sengaja hantar ibu ayah yang terlantar sakit kat hospital dan tinggalkan terus hingga raya saya macam susah nak percaya ada orang yang macam ni.

Yer la takkan sebab senang nak berjalan raya sampai kena buat macam ni. Sanggup tinggalkan orang tua di Hospital kemudian tidak menjenguk dah sehinggalah raya selesai. Bukan apa, Kita biasanya masa raya la nak dengan ibu ayah. Takkanlah tegar sekali hati si anak buat ibu ayah macam tu kan. Saya tidak memberi sebarang komen pada isu itu.

Dan semalam Allah tunjukkan pada saya memang perkara itu wujud. Seorang kawan saya di sini baru saja keluar dari wad. Kak K tidak serius pun, beliau masuk wad cuma untuk memudahkan prosedur pemeriksaan kesihatannya saja. Katanya, " Akak ok je sihat je dok kat wad tu, akak siap buat kerja kebajikan kat wad. Menyuapkan seorang makcik tua ni makan."
"Kesian betul, anak-anaknya takde seorang pun datang menjenguk. Kata nurse, hantar tak datang dah. Jenuh derang call waris."

Astaghfirullah. Kasihannya ibu tua itu. Sampainya hati si anak buat begitu. Sepenting manakah kerja sampai tidak sempat menjenguk ibu yang sedang sakit. Dan seorang kawan saya seorang nurse juga mengiyakan situasi begini bukan sesuatu yang asing. Sedih saya mengenangkannya. Lupakah si anak tangan berkedut itulah yang menyuapnya makan, tangan itulah yang memandikannya. Lupakah si anak syurga kita di bawah redhanya ibu. Lupakah si anak, pandang muka ibu pun dapat pahala, inikan pula menjaganya. Allahuakbar.

Isu anak tanggang bukan lagi dongeng, tidak perlu terlalu kaya untuk menjadi anak tanggang.
Apakah nanti nasib kita? Saya teringat Prof Muhaya pernah berpesan dalam satu siri di radio, "IBU-IBU TAK PERLU MENGHARAPKAN ADA ANAK-ANAK YANG AKAN JAGA KITA NANTI, TETAPI BERDOALAH AGAR ALLAH JAGA KITA SEHINGGA AKHIR HAYAT KITA."

Buat yang bergelar anak, tidak ada yang VIP YANG LEBIH PENTING DALAM HIDUP KITA. Ibubapa inilah insan terpenting, keramat hidup kita. derhaka pada mereka bukan hanya dibalas di akhirat nanti. Tetapi di dunia lagi Allah akan tunjuk. Tidak akan ada keberkatan dalam apa jua yang kita lakukan.

Sabda Rasulullah s.a.w sebagaimana dinyatakan oleh at-Tabrani, maksudnya: 
“Berbaktilah kamu kepada dua ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah dirimu daripada perzinaan agar isteri-isterimu memelihara diri nya.” 

Dan dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari:
 “Sebesar-besar (daripada) dosa besar adalah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)

Saya mengingatkan diri saya sendiri, jagalah ibubapa sepertimana mereka menjaga kita di waktu kecil. Jadilah anak yang berbakti kepada mereka, kerana merekalah syurga kita. Yang tidak akan ada gantinya. Jagalah mereka, berikan perhatian dan masa ketika mereka sakit dan berilah makanan kesihatan terbaik untuk mereka. Tanpa mereka tidak akan ada kita seperti hari ni.

Wednesday, July 8, 2015

JANGAN JADI ORANG YANG BERPUASA TETAPI RUGI

Dua malam lepas saya berterawih di Masjid Ulu Bernam, iaitu masjid kegemaran saya. Dan pada sesi tazkirah ustaz jemputan ada menyatakan beberapa perkara yang menyebabkan orang yang berpuasa tetapi dikatakan rugi. Wah saya juga terkejut juga apa maksudnya. Memang menarik isu yang dikupas.

 Saya dan keluarga suka berterawih dan solat jemaah di sini bukan saja kerana ia selesa dan mesra kanak-kanak tapi saya suka sebab ada sesi tazkirah selepas Isyak iaitu sebelum terawih bermula. Sesi takzikirah yang sangat ringkas iaitu 5-10minit sahaja. Tetapi sangat padat dengan ilmu.

Pada sesi tazkirah kali ini ustaz tekankan berkenaan kesilapan orang yang berpuasa.

 1# BERPUASA, BERSOLAT TERAWIH TETAPI TIDAK MENUTUP AURAT
Kata Ustaz rugi sangat orang yang berpuasa tetapi tidak menutup aurat. Sedangkan menutup aurat itu sendiri satu yang diwajibkan ke atas kita. Jika dibandingkan pulak solat terawih itu sunat tetapi tutup aurat itu wajib. Jadi sebaiknya tutuplah aurat dengan sempurna.
Dan sama juga ruginya jika berpuasa tetapi langsung tidak solat.

Dan ini pula ulasan Ustaz Azhar Idrus hukum wanita berpuasa tetapi tidak menutup aurat


SOALAN :

Saya nak tanya apa hukum perempuan yang puasa tapi tak tutup aurat?

Sahkah puasa dia?

Atau pahala dia saja yang kurang?



JAWAPAN :

Puasanya sah, tapi kualiti puasanya hanya setakat puasa umum, tidak mencapai puasa khusus, apatah lagi untuk mencapai puasa khusus dari yang khusus. Puasa umum ini puasa peringkat paling bawah daripada 3 tahap puasa sebagaimana yang digariskan oleh Imam Al-Ghazali dalam Ihya' 'Ulumiddin. Dikatakan puasa umum kerana si wanita hanya menjaga daripada tidak makan, minum dan berjimak, tapi tubuh badannya masih melakukan perbuatan berdosa.




Maka puasanya sah, tapi perbuatannya tidak menutup aurat dengan sempurna dikira mendapat dosa.

"Solat seorang perempuan di rumahnya itu lebih baik dari di masjid jika dia ke masjid hanya untuk berjemaah, tanpa sebarang faedah lain, tetapi jika ada faedah yang lain seperti mendengar tazkirah keagamaan, mempelajari sesuatu ilmu atau mendengar bacaan al-Qur'an daripada qari yang khusyuk, maka pergi ke masjid itu adalah lebih baik.." Sepertimana maklum, biasanya solat tarawikh di masjid diselitkan dengan ceramah-ceramah, zikir, tadarus Al-Quran dan majlis ilmu, jadi adalah lebih baik untuk kaum wanita ke masjid..

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

2#BERSAHUR TETAPI RUGI
Pada mulanya saya hairan kenapa ustaz cakap macam tu. Kan bersahur itu sendiri ada pahalanya. Kata ustaz, ramai orang bersahur tidak menggunakan peluang bangun awal itu untuk bertahajud. Benar ibu-ibu yang masak untuk bersahur itu sendiri ada pahalanya tetapi jika dapat sebaiknya solatlah tahajud sekurangnya dua rakaat yang mana lebih kurang 5 minit sahaja.
Dan lagi kata ustaz bertambah rugi apabila mereka yang bersahur tidak menunaikan solat sunat Subuh. Solat sunat ini sangat ringkas, sama seperti solat sunat lain dua rakaat dilaksanakan selepas azan solat Subuh iaitu sebelum Solat Fardhu Subuh. Fadhilatnya sangatlah besar.



3# MASJID-MASJID PENUH KETIKA TERAWIH TETAPI TIDAK PADA SOLAT SUBUH
 Kata Ustaz ini adalah kelemahan kita. Ketika waktu terawih ramai sangat jemaah yang hadir tetapi pada waktu subuh jumlahnya sangat sedikit. Dan kata Ustaz lagi jika tidak sempat untuk ke masjid atau surau untuk solat Subuh, silalah berjemaah di rumah. Betapa besarnya fadilat mengerjakan solat Subuh berjemaah pada mereka yang mengetahuinya.
Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim)
4# TIDAK MELAKUKAN AMALAN SUNAT LAIN
Kata Ustaz rebutlah peluang Ramadhan ini untuk melakukan amalan sunat lain seperti solat-solat sunat, sedekah dan membaca Al-Quran.

Ustaz sentuh sedikit tentang ini:

WANITA BERTERAWIH DI MASJID
Kata Ustaz keutamaan(Aula) wanita untuk bersolat di rumah. Bagaimanapun tiada larangan untuk wanita berterawih di masjid sekiranya terawih di masjid itu lebih baik. Contohnya menambah kekhusyukan bila dilaksanakan secara berjemaah dan mendengar bacaan Qari. Dan ada manfaat lain seperti ada tazkirah, majlis ilmu dan sebagainya. Dengan syarat tidak berwangi-wangian dan menjaga adab maka dibolehkan.

Sekian,apapun saya bukanlah ustazah, saya sekadar menyampaikan apa yang telah saya dengar. Semoga ada manfaatnya. Jadikan 10 Ramadhan terakhir ini yang terbaik dalam sejarah kita. InsyaAllah

Monday, July 6, 2015

VIVIX TONIK AJAIB SEKADAR MITOS ??

Kita selalu sangat dengar dari pengedar Shaklee ni yang memanggil Vivix dengan nama tonik ajaib. Apa yang ajaibnya atau adakah ia sekadar mitos belaka. Cerita yang direka tetapi tiada kebenarannya. Andai benar ianya ajaib kat manakah yang dikatakan ajaib itu? Ini yang akan kita cerita hari ni.


Apa itu VIVIX?
Sebelum kita buat keputusan samada benar ia tonik ajaib atau tidak mari kita lihat apakah itu VIVIX.
Vivix merupakan tonik kesihatan eksklusif yang mengandungi resveratrol tulen dan ekstrak polifenol yang mempunyai manfaat yang banyak. Campuran polifenol ini  telah melalui pelbagai ujian makmal dan menunjukkan kesan positif terhadap 4 mekanisme penuaan sel, termasuk membantu melindungi dan membaikki kerosakan DNA, mempengaruhi pengawalatur genetik untuk jangka hayat sel, membantu penghasilan tenaga dari mitokondria dan melambatkan pembentukan protein AGE.
Polifenol merupakan kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi antioksida dan kebaikkan anti-penuaan.

Salah satu bahan utama (resveratrol) dalam Vivix dirujuk di lebih 2,000 penerbitan penyelidikan, termasuk pelbagai kajian yang dijalankan oleh Harvard Universiti, Institut Kebangsaan Penuaan, dan Institut Sains Kesihatan Alam Sekitar. Vivix memberi 100 mg resveratrol
untuk satu hidangan (Satu sudu teh). Ekstrak resveratrol mempunyai resveratrol
kandungan semulajadi sebanyak 98%. Maka ia adalah pasti antipenuaan tambahan yang terbaik di dunia

Bagaimana Shaklee mencipta Vivix?

Penyelidikan mereka menemui sesuatu yang menakjubkan iaitu anggur super, Vitis rotundifolia yang merupakan SATU-SATUNYA anggur yang terdapat dalam alam semula jadi dengan kromosom tambahan. 

 Ia berasal dari tenggara Amerika Syarikat. Anggur Muscadine biasanya dari ungu gelap kepada hitam dalam warna apabila masak. Mereka mengandungi kepekatan tinggi Resveratrol polifenol dengan kesan-kesan kesihatan yang dilaporkan sangat berfaedah.
 
Oleh itu, para saintis percaya, ia banyak meningkatkan profil polifenol dan manfaat kesihatan.

Saintis Shaklee mewujudkan proses pengekstrakan yang mengakibatkan ekstrak anggur super itu tinggi dalam asid ellagic, yang bertanggungjawab bagi banyaktindakan antipenuaan sel anggur super  dalam resveratrol Vivix sebagai formulasi makanan tambahan. Maka jus Vivix ini bukanlah sepertimana jus-jus yang ada di pasaran. 

Dulu saya juga tertanya-tanya sejauh mana ajaibnya tonik dari Shaklee ini. Tetapi apabila telah melalui sendiri melalui suami yang telah sembuh Nephrotic -Syndrom setelah konsisten Vivix saya benar benar mengakuinya. Ia bukan mitos ia memang tonik ajaib yang telah membantu lebih ramai insan di luar sana.

KISAH-KISAH AJAIB MEREKA BERSAMA VIVIX
AJAIB: LUKA DIABETIS CEPAT SEMBUH
TESTIMONI VIVIX BUAH PINGGANG
AJAIB: PESAKIT BUAH PINGGANG BOCOR 2TAHUN BERGANTUNG UBAT HOSPITAL TIADA PERUBAHAN. DENGAN VIVIX SEMUANYA BERUBAH

testimoni Vivix Buah pinggang
AJAIB: PESAKIT NEPHROTIC SYNDROM SEMBUH DALAM TEMPOH 3BULAN



AJAIB:VIVIX MEMBANTU PESAKIT DARAH TINGGI KRONIK

testimoni vivix
AJAIB:KETULAN DARAH BEKU DI OTAK TELAH TIADA

AJAIB:VIVIX MEMBANTU MENURUNKAN BACAAN DIABETIS

TESTIMONI KANSER
AJAIB: VIVIX MEMBANTU PESAKIT KANSER

TESTIMONI VIVIX
AJAIB: VIVIX MEMBANTU PESAKIT MILD STROK


Dan yang terbaru cerita ajaib yang saya dengar semalam. Seorang ibu tua ini telah disahkan buah pinggangnya rosak tahap 5. Doktor telah suruh ahli keluarganya membawanya pulang ke rumah dengan alasan tiada lagi apa yang mampu dibuat. Hancur luluh hati anak mendengarnya. Tetapi tetap berikhtiar dengan memberi ibunya setiap hari Vivix. Dengan izin Allah, setelah 2minggu lebih ibunya menunjukkan perubahan positif. Dan alhamdulillah creatinin dan urea menurun dan doktor cakap tak perlu buat dialisis lagi kerana buah pinggang yang dulu mengecut telah menunjukkan perubahan yang positif. Syukur alhamdulillah.

 Setiap manusia diberi peluang untuk berikhtiar, bukan hanya berserah pada takdir. Ajaibnya tonik ini hanya apabila anda buat keputusan untuk beri diri anda peluang untuk berikhtiar dengan Vivix. Jika ada sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya, konsultasi adalah PERCUMA. Dan jika nak order Vivix untuk diri anda saya sangat sarankan anda ambil pada bulan ini kerana banyak tawaran istimewa diberikan pada Julai ini.

HARGA RUNCIT SEBOTOL VIVIX adalah RM475 tetapi bulan ini Shaklee ingin berikan sesuatu istimewa untuk anda. Hubungi saya untuk maklumat lanjut ok. Saya akan ceritakan bagaimana anda boleh dapat FREE MEMBERSHIP DENGAN PEMBELIAN VIVIX INI.

Selain menghubungi saya anda juga boleh buat pembelian online di sini.
https://shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f4655a2b707853f1b118e0dadc52f9ba

Untuk tips percuma dan konsultasi serta HARGA ISTIMEWA
✍ PM: https://www.facebook.com/messages/MohSihat
✐ Blog: http://www.mohkitasihat.blogspot.com/
✉ Email: hartini.badri@gmail.com
✆ SMS/WhatsApp: 012-2812952
➲ COD Area: Lumut, Manjung, Sitiawan, Lekir Tanjung Malim ,Slim River
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...