Thursday, January 28, 2016

7 SEBAB PENGALAMAN TERBANG DENGAN EMIRATES AIRLINES SANGAT BEST

Melihat gambar-gambar di dalam galeri telefon saya semalam mengingatkan saya untuk berkongsi pengalaman menaiki penerbangan Emirates Airlines semasa pergi dan balik menunaikan umrah bulan lepas. Sememangnya ia pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Sejujurnya ini kali kedua saya menaiki kenderaan yang dipanggil "kapal terbang ini". Kali pertama semasa ke Sabah.
Dan saya sangat berpuas hati dengan Emirates Airlines. Yes!! Terbaik!!
Yang paling best Kak Long Syaza ni la. Tak habis-habis memuji "Kakak cantik yang baik" kepada pramugari Emirates yang murah dengan senyuman. Sehinggakan Kak Long pun senyum je sepanjang dalam flight.
emirates best


Saya kongsikan beberapa perkara yang best mengikut pengalaman kami bersama syarikat penerbangan "The World 1st Airlines" ini.

1. Flight attendance yang sangat-sangat membantu. Alhamdulillah mudah untuk meminta pertolongan terutama dalam menguruskan mak mertua yang mengalami kesukaran untuk berjalan masuk ke dalam flight. Mereka sedia membantu dengan menyediakan wheel chair khas pada mereka yang memerlukan di dalam flight. Takde pulak gambar mak mertua, hanya ada gambar ini dalam hp saya. Cuma satu tips, jika anda perlukan wheel chair semasa turun flight iaitu di airport, sila maklumkan dan request pada flight attendance (pramugari) awal-awal. Iaitu sebelum berlepas.

2.Penerbangan yang memakan masa panjang tidak terasa dengan adanya Games, Filem-filem lama dan baru, juga paparan pandangan hadapan bahagian luar kapal terbang juga pandangan bahagian bawah kapal terbang.

 Kita boleh tengok juga kedudukan kapal terbang sekarang di mana dan dianggarkan penerbangan lagi berapa lama untuk sampai. Skrin yang besar dan jelas dan earfon yang memuaskan.
Anak-anak kecil ni tak payah ajar, dia lagi pandai menekan sana sini.

3. Kanak-kanak dapat goodies. Yeyyyyzz.. Suka sangat Kak Long bab ni. (Kalau bagi mami pun mami suka heh) Masa penerbangan KL-Dubai ni dapat Pencil color dan buku mewarna. Semasa penerbangan Dubai- Jeddah dapat selimut comel bentuk kartun. Ni semua idea nak bagi anak-anak tak bosan dan hilangkan rasa takut diorang la ni.

4. Makanan yang superb best. Air-air buah yang sedap, pemanis mulut yang best-best. Nasi mandy, makaroni.. Lunch, dinner, breakfast semua best-best. Betul-betul satu menu je yang saya tak boleh telan masa dalam penerbangan balik. Kambing masak herba hijau. Tapi takde masalah sebab side dish nya pun boleh mengenyangkan. Untuk anak kecil macam Syaza yang jenis memilih makanan, alhamdulillah menu sepanjang flight semua memenuhi selera dia. Licin tak payah mami tolong hihi.

5. Masa berjumpa dengan sepupu baru ni, dia tanya naik flight apa umrah hari tu. Bila bagitau naik Emirates katanya "wah best lah kapal terbang besar, langgar awal pun tak terasa". Eh haah la baru saya perasan. Masa pergi Sabah hari tu terasa bila jugak gegarnya. Tapi kali ni memang tak terasa apa pun. Oh sebab kapal terbang ni besar rupanya. Pastu suami pun cakap, memang la dua tingkat oke. Owhhhh

6. Tempat duduk yang selesa. Bagi aku la tempat dia selesa dan tak semput sangat walaupun kelas Ekonomi. Kalau Business class lagi la selesa ye dak. Hihi. 
seat emirates comfortable

7. 

Dapat "Meal Voucher" masa transit 6 jam di Dubai Airport. Semasa perjalanan Kembali ke tanah air, kami transit dari Jeddah- Dubai selama 6jam. Sebelum meneruskan perjalanan Dubai-KL. Masa kat Mekah Mutawif siap pesan sediakan bekalan makanan roti ke apa kalau nak elak beli-beli makanan kat Airport Dubai. Yerla dah tentu mahal, pastu nak kena tukar matawang. Yang kami pulak, mak mertua memang dah siap-siap tukarkan beberapa ratus matawang untuk di Dubai nanti, konon nak merasa la makanan orang Dubai nanti 😄. Ustaz pun tak tahu rupanya ada dapat Voucher makanan sehinggalah dah nak naik flight di Jeddah. Menarik sangat!! Pergi je di restoran-restoran terpilih dan pilih makanan yang kita nak. Serius memang kenyang sangat. Kiranya 6jam tu takde la terasa sangat. Takde gambar hat ni 😂. Punyalah kenyang sangat sampaikan masa dalam flight, ratah-ratah je lauk. 

Secara overall memang sangat best penerbangan dengan Emirates Airlines. Tak terasa penat walau penerbangan yang panjang. Kalau ada rezeki berjalan-jalan melihat dunia insyaAllah kami akan pilih syarikat penerbangan ini lagi, nak rasa Business Class dan 1st Class pulak Amin. 

1 comment:

  1. Owh dapat meal voucher eh masa transit. Ok sangatlah! Xdelah tak tau nak wat ape mase transit tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.