Tuesday, May 17, 2016

Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Al Haramain Global Tours andServices Sdn.Bhd

Assalamualaikum
Apa khabar hari ni? Didoakan kalian sihat hendaknya. Oke hari ni saya nak kongsikan satu cerita yang dah lama sangat saya nak cerita. Bukan apa masa saya nak memilih agensi umrah yang terbaik mengikut keperluan kami tempohari saya cari maklumat di google tentang pengalaman jemaah tak banyak sangat dengan Al Haramain Global Tours and Services Sdn Bhd ni. Bukan tak ada cuma tak banyak. Jadi bila saya pergi dan nikmati perjalanan umrah yang sangat memuaskan hati, saya cakap pada hati saya perlu kongsikannya di sini. Tambahan pula kejap tadi ada yang pm bertanyakan pengalaman umrah saya bersama agensi ini. Jadi saya lengkapkan entry yang tersadai di "Draft" folder ini.

Al Haramain Global
Penghujung tahun lepas kami 6 orang sekeluarga berhajat ingin menunaikan umrah. Suami saya berperanan mencari agensi umrah yang terbaik sesuai dengan keperluan kami yang mana ibu mertua saya memakai wheel chair dan saya juga bawak anak sulung yang berumur 7tahun . Jadi suami saya listkan 3 agensi umrah yang menepati beberapa kriteria yang kami inginkan. Ada 3 agensi yang kami shortlisted iaitu UTAS, Andalusia dan Al-Haramain ni. Suami saya bandingkan jarak hotel, harga, umrah berapa kali, penerbangan mana dan beberapa ciri tambahan.
Pejabat Al-Haramain ni dekat je dengan kami iaitu di Bidor Perak dan ianya dicadangkan oleh kawan sekerja saya yang baru balik menunaikan umrah dengan keluarganya. Alhamdulillah setelah menyenaraikan maklumat-maklumat penting ketiga-tiga agensi ini dan setelah istikharah kami memilih Al-Haramain. Ramai kawan-kawan bila tanya pergi dengan agensi mana memang terpinga-pinga sebab tak pernah dengar. Ianya agensi yang tak sebesar dan sepopular UTAS, Andalusia tetapi saya yakin InsyaAllah ia mampu pergi sejauh agensi-agensi yang besar.

Antara yang membuatkan kami sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi ini adalah.

1)Penginapan dekat dengan Masjidilharam dan dekat dengan Masjid Nabawi. Alhamdulillah dekat sangat. Di  Madinah hotel kami kurang 100meter dari Masjid Nabawi. Allahuakbar dekat sangat dengan pintu 26, pintu wanita. Dan lif pun banyak juga. Lif penting jugak hotel ni sebab jemaah ramai kan. Kalau sikit lif dengan keadaan kita yang ada pakai wheelchair, jadi lambat juga la pergerakan ke masjid tu.

Al Haramain Global
Semasa dalam perjalanan ke Mekah kami dimaklumkan hotel yang sepatutnya kami duduk tiba-tiba pihak hotel cancel.Jadi kami duduk di hotel yang agak jauh kata Mutawif. Bila dapat berita itu, kami semua diam, dalam hati beristighfar banyak-banyak dan mohon moga Allah permudahkan.

Dalam Perjalanan ke Mekah
 Sekali Allahuakbar kami duduk di Al-Saraya Hotel. Yang jaraknya lebih kurang 180meter saja dari Masjidil Haram. Takde lah jauh sangat,dari depan hotel boleh nampak Masjidilharam jalan pun elok tidak berbukit-bukit. Jadi bila tolak wheelchair mak dan stroller anak tu jalan sangatlah elok dan dekat. Rupanya semasa di Masjidil Haram saya terjumpa jemaah dari Malaysia yang katanya hotel mereka pun tiba-tiba cancel, dan dia mengeluh kerana mereka dapat hotel yang jauh jaraknya 1kilometer tidak seperti yang dijanjikan dekat dengan masjid. Harga pakej sama. Terserlah muka keletihan dan kesal pada wajahnya, Saya hanya mampu sabarkan dia dan minta banyakkan zikir dan berdoa.Penting jarak dekat hotel kerana ibadah kita ni banyak gunakan kudrat kaki, tawaf saie contohnya, jadi bagi yang tidak berdaya jika jarak terlalu jauh akan mengganggu ibadah yang ingin dilakukan.

Al Haramain Global



2)MUTAWIF YANG BERPENGALAMAN, banyak bersabar dan santun melayan para jemaah terutama warga tua dan kanak-kanak. Kami selalu diberikan taklimat dan tazkirah dari masa ke semasa. Sebarang kemusykilan boleh ditanyakan pada mutawif. Mutawif kami pada masa itu, Tenagar pengajar Tahfiz di  Tapah Ustaz Siddiq dan seorang lagi mutawif penduduk di Mekah sendiri yang fasih berbahasa Melayu, Ustaz Abd Ghani. Mutawif bijak menangani masalah. Semasa di sana ada juga jemaah yang sakit yang perlu ke hospital mendapatkan rawatan. Alhamdulillah semuanya teratur.

Berkelah Nasi Mandy di R&R Saudi semasa perjalanan ke Makkah. Agensi belanja tau
3)5 KALI UMRAH DENGAN MIQAT YANG BERBEZA. Kebiasaaanya agent hanya menawarkan 3 kali umrah dengan 3 miqat dan jika ada jemaah nak buat lebih kena keluarkan belanja sendiri untuk ke Miqat. Al Haramain menawarkan 5kali umrah percuma dengan miqat berbeza dan Setiap Miqat ada sejarah tersendiri. Alhamdulillah seronok sangat mengenali miqat yang berbeza ini.

Dan biasanya apabila nak ke miqat akan diselitkan juga program ziarah. Kebanyakan tempat yang jemaah umrah pergi memang kami pergi juga. Cuma yang lainnya kami ada ziarah ke Thaif. Yang ini program tambahan dan kami juga perlu membayar tambahan 50riyal seorang. Kami semua bersetuju dan teruja nak pergi.Jaraknya lebih kurang hampir dua jam dari bandar Mekah. Thaif bandar yang maju dan cantik, tempatnya sejuk lebih kurang macam Cameron Highland. Di sini kami singgah membeli buah-buahan segar yang murah . Kami juga singgah solat di sini. Mengenangkan di sinilah Rasulullah pernah pergi berdakwah dan ditolak oleh penduduk Thaif. Malah Kekasih Allah ini dilontar dengan batu-batu sehingga berdarah. Memang menangis dengar kisah ni bila mutawif bercerita di dalam bas. Tragisnya, dan sepanjang perjalanan dakwah Rasulullah tu cuma seorang sahaja yang mengakui keimanannya kepada Allah iaitu tukang kebun di ladang anggur tempat Rasulullah singgah berehat. Eh maaf tercerita panjang pulak bab ni. Oh ye kami kenduri makan nasi Arab ddengan bentang tikar je masa ni. Sebab kedai yang kami beli makanan tu hanya lelaki je dibenarkan masuk. :) seronok kenangan ni. Oh ye kalau beli nasi Arab beli satu je untuk makan dua tiga orang, portion nya sangat banyak memang tak habis makan seorang.



4. Point ni antara salah satu sebab harga pakej ni agak mahal berbanding pakej lain. PENERBANGAN SELESA BERSAMA EMIRATES AIRLINES. Memang selesa, tempat duduk yang luas dengan skrin paparan yang buatkan anakku ini tak bosan dengan penerbangan yang panjang. Kami transit di Dubai dalam perjalanan balik selama 6jam. Yang menariknya diberikan voucher makanan untuk dibeli di airport nanti. Cerita details tentang bestnya Emirates ada saya ceritakan di sini  7 SEBAB PENGALAMAN TERBANG DENGAN EMIRATES AIRLINES SANGAT BEST


5. PIHAK SYARIKAT YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN MESRA.
Semasa kursus umrah dibuat kami dihidangkan dengan jamuan kambing golek.
Tak tahu la pulak kalau kebetulan waktu tu owner ada berniat ke apa.πŸ˜„ tapi agak besar la kendurinya. Kursus juga diadakan dengan santai tetapi penerangannya jelas oleh Ustaz Hj. Mohd Fadzli bin Azmi.

Dan yang menarik perhatian kami, pemergian kami turut diringi pemilik agensi, isteri dan ibubapanya semasa di airport. Mereka jumpa jemaah umrah, bermesra dan bersalaman sambil mendoakan kami. Masa balik pun pemilik agensi ni ada sambut kami. Terasa ukhwah nya di situ.
Bersama mutawif di Mekah Ustaz Abd Ghani yang mesra kanak-kanak

Pemergian diiringi doa dan salaman mesra dari keluarga dan kakitangan agensi
6. GROUP YANG KECIL. Ye jemaah kami tak sampai 30orang dengan hanya 8 family dan hampir setiap family ada membawa seorang yang kurang upaya memerlukan bantuan wheelchair. Jadi hubungan lebih rapat, saling tolong menolong dan pengurusannya menjadi lebih mudah. Oh ye ada juga satu keluarga yang memilih pakej VIP. Mereka tinggal di hotel yang betul-betul depan masjid. Dan pengangkutan serta mutawif pun lebih personal dan istimewa. Kami sempat berkenalan dan beramah mesra dengan mereka.


Alhamdulillah kami sangat gembira dan berpuas hati dengan perkhidmatan agensi ini. Yang lebih penting dapat menunaikan umrah dengan selesa dan fokus. Ah rindu pula dengan suasana di Mekah dan Madinah. Moga ada rezki untuk ke sana lagi. Dan perlu diingat ini sekadar perkongsian jujur dari hati saya tanpa ada pengaruh dari mana-mana pihak. Dan sekadar setakat yang telah kami lalui, yang selepas-selepas inil wallahualam. Tetapi tengokkan bos dan staf syarikat ini insyaAllah boleh dipercayai.
Apapun, Saya sarankan untuk tuan/puan buat solat istikharah sebelum memilih mana-mana agensi. Solat hajat moga dipermudahkan perjalanan umrah tuan puan.

Ha ini beg umrah si penjual vitamin. Nanti saya ceritakan apa vitamin wajib bawak untuk kekal cergas beribadah semasa umrah dan selepas sekembalinya dari umrah. 


Update: 
Alhamdulillah saya telah dilantik oleh pihak Al Haramain sebagai agen untuk membantu tuan puan. 
Jika tuan puan bakal tetamu Allah berminat dengan pakej Umrah pihak kami, sila hubungi saya di talian 
Pn Tinie Badri  012-2812952 atau 
Tn Hj Rosdi 012-5171794
Keselesaan anda keutamaan kami. 

Oke sekadar ini perkongsian panjang lebar saya moga ada manfaatnya.

Rujuk entry ini juga: 

17 comments:

  1. Terima kasih memilih Al Haramain Tours & Services Sdn.Bhd. utk makluman hotel Madinah 40m dari pagar Masjid Nabawi sb hotel ketika itu adalah Mubarak Madinah sebelah Al Haram Hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan atas pembetulan maklumat. Mrmang dekat sangat.

      Delete
  2. Assalamualaikum wbt..sedikit pembetulan..

    1- Ustaz Siddiq adalah tenaga pengajar di Maahad Tahfiz ADDIN Tapah,

    2- Dalam kisah di Thaif, yang menerima dakwah Nabi saw adalah hamba kepada pemilik kebun yang bernama Addas, pemilik kebun ialah dua orang bersaudara yang bernama utbah bin rabiah dan syaibah bin rabiah..

    Syukran,

    Al-Faqir Nur Muhd As-siddiq
    18 Mei 2016

    ReplyDelete
  3. Terima kasih ustaz, ralat telah dibetulkan

    ReplyDelete
  4. Sama-sama akak..😊😊😊

    ReplyDelete
  5. Sama-sama akak..😊😊😊

    ReplyDelete
  6. Salam puan.. boleh saya tahu prosedur untuk bawa wheel chair semasa umrah. Perlu ke saya bungkus wheel chair tu atau sekadar ikat shj ke.. mohon perkongsian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam tuan/puan
      Boleh refer post saya yang ini. Thanks

      http://mohkitasihat.blogspot.my/2016/11/bawa-wheelchair-semasa-umrah.html?m=1

      Delete
  7. Terima kasih puan untuk respon yg diberikan. Mudah-mudahan puan pun bakal menjadi tetamuNya sekali lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Ya Allah.. Terima kasih atas doa puan :)

      Delete
  8. Assalamualaikum tini.... ni kju ... memori indah menggamit kembali... bila dtg taiping singgah rumah kami...0125169691

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum tini.... ni kju ... memori indah menggamit kembali... bila dtg taiping singgah rumah kami...0125169691

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kak Ju😍😍 yer la kju tambah dah Disember ni teringat2 je sebak rasa rinduπŸ˜‚
      InsyaAllah ke Taiping nanti kami singgah

      Delete
  10. Assalamualaikum,

    Puan boleh kongsi pakej yang mana ya Puan ambil? Saya dalam perancangan untuk mengerjakan umrah dalam bulan Nov/Dec 2017, Insyallah. Saya sekeluarga dalam 6 orang. Puan pun pergi 6 orang kan... dapat satu bilik tak?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm puan kami sebilik 4 orang, suami bilik lain.
      Puan boleh whatsapp saya di 012-2812952

      Delete
  11. terima kasih, kami pergi bulan January 2017, memang berbaloi dengan harga dan servis, saya ramal syarikat ini akan jadi popular kalau servis begini dikekalkan

    hamba allah

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah, baru pulang cuti sekolah mac 2017, pakej yang memuaskan dari segi harga dan servis, masalah masalah kecil itu biasa dan boleh ditangani oleh petugas. Inshaallah repeat lagi tgh kumpul duit, tq for the tips.

    tetamu haramain

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.