Thursday, July 21, 2016

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee & Bagaimana Pembelian Shaklee SecaraOnline Membantu Bisnes Saya Berkembang


Assalamualaikum
Oke hari ni nak share dengan semua tentang kelebihan menjadi ahli Shaklee. Aha biasa la kan orang mesti nak tau apa istimewanya jadi ahli. 


Kalau sama je dari tak jadi ahli tak best la kan. Oke akak bagi dalam bentuk point ye.

1) Dapat membeli barangan Shaklee dengan potongan harga antara 15-25% dari harga runcit. Banyak korang.
Contoh la eh harga runcit satu produk tu RM475. Harga ahli  = 402.80. Beza RM72.20
Untung tak??

2) Dapat membeli pada harga lebih murah bila adanya promosi setiap bulan. Biasanya Shaklee akan bagi promosi untuk produk tertentu setiap bulan. Macam bulan ni ada promosi Vivix beli 6 percuma 1, atau beli 2 less 5%. Perghh Beli 6botol dapat free sebotol. Dekat RM500 tu penjimatan. Hanya untuk ahli promosi-promosi best ni. Untung sangat kan.

3) Sekiranya pembelian mencapai had uv(point) minima sekurangnya 150uv dalam bulan yang sama iaitu pembelian bernilai lebih kurang RM650, anda layak menerima bonus cash back. Lagi banyak uv, lagi banyak bonus walaupun hanya untuk makan sendiri. Lagi luas network lagi banyak bonus. Wow..

4) Anda juga dapat membeli secara online di web khas untuk pengedar Shaklee. Mudah sangat. Nanti saya cerita details ye

5) Sekiranya anda terfikir untuk menjana pendapatan dengan Shaklee. Jangan risau kami boleh guide. Yang penting anda MAHU.

6) Sekiranya anda mendaftar Shaklee dengan saya, sangatlah bertuah kerana kami ada group coaching yang sangat best. Saya berada di bawah Master-master Shaklee yang hebat. Ada master yang power coaching, ada master yang power dalam blog marketing, ada master yang power dalam offline marketing, juga ada master yang power dalam video marketing. Saya juga di bawah group Master yang menjadi pelopor dalam memperkenalkan Shaklee secara online. Makanya coaching dan guide diberikan secara online dan offline. Serius best!
Gambar ketika mengikuti seminar ireach bersama Tn Amin Idris

Gambar ketika mengikuti team building


6) Sekiranya anda berminat dan mula serius untuk berbisnes, anda juga mempunyai peluang untuk mendapat bonus-bonus lain lagi seperti cash insentif, bonus kereta, bonus melancong dalam dan luar negara dll lg.

7) Dari sudut lain apa yang anda dapat jika join ahli adalah
✔️nikmat ukhwah silaturrahim sesama ahli sehingga tidak terasa kita ni pesaing tetapi saling menyokong dan saling percaya konsep rezeki itu sendiri
✔️ nikmat peningkatan dari sudut rohani. Alhamdulillah dari sudut ibadat yang wajib diperbaiki yang sunat semakin konsisten
✔️ berada di kalangan mereka yang bermotivasi dan berinspirasi buat hidup lebih bermakna

Bagaimana nak jadi ahli?
1)Yuran keahlian termasuk postage adalah RM75 utk semenanjung dan RM85 untuk Sabah Sarawak(belum masuk gst)

2)Sekira
nya pembelian kali pertama anda mencapai min 200uv bersamaan lbh krg RM650, anda layak mendapat KEAHLIAN PERCUMA seumur hidup dan terus layak mendapat bonus pertama sebanyak 5%.

Aha BAGAIMANA PEMBELIAN SHAKLEE SECARA ONLINE MEMBANTU BISNES SAYA BERKEMBANG?


1) Modal kita cumalah gadget dan line internet je. Dengan ada dua modal ni saja saya dapat buat pembelian dengan mudah. 

2) Jimat duit, masa dan tenaga. Kos pos hanya RM10.60 ke semenanjung Malaysia tak kira berat barang. Kalau lebih dari RM800 dapat FREE POSTAGE lagi. 
Macam saya jarak ke branch kalau drive lebih kurang sejam setengah atau dua jam bergantung pada trafik. Kalau online order tak sampai 5minit dah siap. Best tak? Duit minyak pun selamat.

3) Tak perlu sangat simpan stok. Kalau customer yang jauh nak beli, tunggu mereka bank in duit kita orderkan dan pos direct kepada mereka. Ala-ala dropship gitu

4) Tahap security barang dipercayai. Shaklee sangat jaga keselamatan barang yang dipos. Kotak yang selamat siap bergabus bagai dalam tu. Takde la barang pecah ke apa kan. Saya jimat dari nak mengambil risiko ganti barang customer yang rosak.

5) Di mana saja, bila-bila masa.
Saya suka sangat part ni. Saya dah rasa. Masa mengerjakan umrah dan semasa bercuti di Bali tempohari. Saya berjaya setelkan order customer dengan order online dan Shaklee poskan pada customer. Jadi nak bercuti tak risau sangat kan asalkan ada talian internet. Bisnes tetap jalan. 

Dah tahu kan kelebihan bisnes Shaklee ni. Jangan segan silu untuk join Shaklee dengan saya kan. InsyaAllah pasti tak menyesal.

Hubungi saya
Tinie Badri

Sunday, July 17, 2016

KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE, SHAKLEE SELAMAT KE TAK

Nak sihat? Ala buat je jamu sendiri..petik petik je, tumbuk je.. Kepal-kepal telan.. Bancuh bancuh minum

Erkk mintak maaf tu bukan pilihan saya kerana

Saya tak tahu sukatan yang betul

Saya tak tahu cara pemprosesan yang selamat 

Saya tak tahu ekstrak macam mana yang terbaik dan yang macam mana yang membahayakan

Saya tak sanggup nak telan dengan rasa yang pelik-pelik tu

Saya tak rajin nak buat kajian saintifik dan klinikal test 

Saya tak pandai nak pilih bahagian terbaik herba-herba tertentu

Saya tak tau cara penyimpanan untuk tahan lama dan bagaimana ia boleh rosak

Oleh itu saya serahkan pada yang pakar, 
yang syarikat dah pilih bahan-bahan terbaik dari ladang, 

yang ada saintis buat ujikaji bahan dan ujikaji pemprosesan terbaik. 

Yang ada landmark study

Yang syarikat dah guide dos yang selamat untuk diambil.

Yang KKM approved. 

Saya pilih Shaklee! 

#tsunamishaklee
#star8

Sunday, July 3, 2016

Tanda Penyakit Buah Pinggang, Cara Mengesan Penyakit dan Penawarbaginya.

Statistik pesakit buah pinggang; 1 daripada 15orang dewasa di dunia menghadapi masalah buah pinggang. Sana sini orang mencari penawar penyakit buah pinggang.
Info penyakit buah pinggang

Penyakit buah pinggang kronik adalah suatu penyakit di mana fungsi buah pinggang semakin berkurangan. Ia adalah dikategorikan kepada 5 peringkat. Di mana peringkat ke 5 adalah tahap pesakit yang memerlukan dialisis.

Tanda dan gejala penyakit buah pinggang
1) badan berasa mudah letih
2) hilang selera makan, rasa loya dan muntah
3) kerap kencing terutamanya pada waktu malam
4) bengkak kaki dan mata
5) sukar bernafas
6) gatal seluruh badan
7) pucat

TANDA TANDA BUAH PINGGANG BOCOR
KLIK VIDEO INI





Namun perlu diingat majoriti pesakit tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala kecuali apabila berada di peringkat hampir akhir atau akhir.

Cara untuk mengesan penyakit buah pinggang
Anda perlu pergi ke klinik kesihatan atau hospital terdekat untuk menjalani pemeriksaan. Antaranya
-Ujian air kencing
-Pemeriksaan tekanan darah
-Ujian darah

Langkah-langkah pencegahan
1)Menjalani pemantauan atau saringan kesihatan yang berjadual dan mengawal tekanan darah

2) Mengawal paras gula dan kolesterol dalam darah

3) Memastikan tahap kawalan bagi pesakit tekanan darah tinggi dan diabetes adalah baik (optimum)

4) Jangan makan ubat sebarangan tanpa arahan doktor

5) Mengamalkan cara hidup sihat dengan menjaga pemakanan, berhenti merokok dan bersenam

Bagi yang mengalami masalah buah pinggang seperti Buah PInggang Bocor ataupun untuk menjaga kesihatan buah pinggang bolehlah mengambil suplemen ini. Sudah ramai yang mencuba dan alhamdulillah ramai yang memberikan feedback yang baik.

Penawar buah pinggang

Berita baik JIKA ANDA BELI 2BOTOL VIVIX.
Suplemen terbaik untuk buah pinggang.

☑️Beli 2 botol 
-dapat potongan 5% 
-Percuma keahlian
-Percuma pos
-Bonus cash

Hubungi Tinie Badri|012-2812952


**sumber info FB Kementerian Kesihatan Malaysia


Saturday, July 2, 2016

MATA KERING, MATA RASA KESAT DAN MATA RASA BERPASIR??


Pernah mengalami MATA KERING, MATA RASA KESAT DAN MATA RASA BERPASIR?? Nak tahu apa suplemen terbaik untuk masalah ni?mari kita ikuti perkongsi di Supermom Shaklee Story ini.

TESTIMONI 056: NIK SITI MARDHIAH ABD RAHMAN

MASALAH KEKERINGAN DAN KETIDAKSELESAAN MATA SELESAI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. DAN SALAM SEJAHTERA,

Saya Nik Siti Mardhiah Bt Abd Rahman. 15 Oktober 2014 saya baru menginjak umur 31 tahun. Allah telah beri sedikit ujian kesihatan mata pada awal Oktober 2014. 

Saya mula perasan anak mata kedua-dua belah mata kering, kesat, berpasir dan tidak selesa seperti hari-hari sebelumnya. Walaupun saya rabun jauh dan bercermin mata saya belum pernah mengalami masalah seperti ini.

Hari berganti bulan, saya biarkan berlarutan kerana beranggapan mungkin ianya hanya sementara. Keadaan semakin teruk apabila menjelang malam selepas waktu Maghrib mata seolah-olah mengantuk, rasa sangat kesat dan berpasir.

 Padahal belum mengantuk pun lagi. Saya masih buat andaian mata saya kepenatan sahaja. Sedar tak sedar saya biarkan mata kekeringan tanpa apa-apa tindakan selama hampir 8 bulan.

Pada masa itu, saya mula rasa khuatir dan terfikir apakah ini tanda-tanda badan saya kekurangan sesuatu nutrien penting khususnya vitamin A dan Karotena. Hasil pembacaan semula tentang kesan jangka panjang akibat kekeringan mata boleh menjejaskan tahap fungsi penglihatan dengan lebih serius. 

Sebenarnya saya pengguna produk Shaklee sejak menyusu anak sulung pada tahun 2012 lagi tetapi saya tidak pernah sedar bahawa Shaklee ada satu produk emas yang sangat bagus untuk kesihatan mata.

Saya menghubungi semula upline saya Master Norhanita Yusof dan beliau mencadangkan cuba dahulu sebotol CAROTOMAX. Sebotol CAROTOMAX hanya mengandungi 30 biji dan minimum pengambilan hanya sebiji sehari. 

Botolnya paling kecil dan comel berbanding botol produk Shaklee yang lain. Pada masa itu saya hanya bertawakal kepada Allah S.W.T.

Saya cuma telan sebiji CAROTOMAX pada waktu malam. Pada waktu siang saya masih meneruskan pengambilan Set Penyusuan dengan kadar sangat minimum iaitu ESP, VITA-LEA IRON FORMULA, SUSTAINED RELEASE VITA-C 500gm, B COMPLEX, ALFALFA, dan OSTEMATRIX. Saya istiqamah pengambilan sehingga malam ke-3. 

Pada malam ke-4 sebelum pengambilan seterusnya, saya masih ingat sekitar jam 9 malam selepas solat Insyak terdetik rasa hairan dan aneh bebola mata saya sudah boleh digerakkan dengan lancar dan mata tidak seperti orang mengantuk!. Teruja sungguh saya pada malam itu, macam-macam perasaan hadir-syukur, lega, gembira, malah rasa ajaib. Saya baru telan 3 biji sudah rasa perubahan positif? Betul ke ni?

Kemudian saya teruskan pengambilan sehingga ke 20 biji. Selebihnya 10 biji di simpan di dalam peti sejuk. Saya sengaja mahu menguji lagi keberkesanan si kecik CAROTOMAX ini. Saya teruskan pengambilan Set Penyusuan tanpa CAROTOMAX sehingga hampir 60 hari. 

Alangkah gembiranya hati selepas 60 hari mata saya tidak mengalami kekeringan semula seolah-olah seperti masih mengambil CAROTOMAX. Kemudian saya habiskan 10 biji yang berbaki.

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t saya diberi kesempatan merasai kekeringan mata yang perit hanya selama 8 bulan sahaja. Sepanjang tempoh pengambilan CAROTOMAX syukur saya tidak mengalami sebarang 'Healing Crisis'. Mungkin faktor umur saya yang masih muda proses pemulihannya agak cepat. Saya pastikan supaya kerap minum air bersih antara 2 liter sehingga 3 liter sehari.

Kini saya baru sahaja mengetahui bahawa rawatan bagi kes mata kering, CAROTOMAX boleh di tingkatkan pengambilannya sehingga 2 biji 2 kali sehari. Bayangkanlah jika telan 1 biji sehari selama 3 hari sudah boleh merasai perubahan positif apatah lagi jika telan 2 biji 2 kali sehari? 

Saya jatuh hati dengan si kecik CAROTOMAX dan masih mahu meneruskan pengambilan untuk menurunkan tahap rabun jauh dan pelbagai faedah kesihatan yang lain kerana fungsi CAROTOMAX sangat banyak khasiatnya.

"Saya hanya berikhtiar, penyembuhan penyakit hanya dengan izin Allah S.W.T"

SEKIAN, TERIMA KASIH.
---------------------------------------
Bagi mereka yang nak dapatkan Carotomax untuk masalah ini boleh hubungi saya. 

Sebotol Carotomax hanyalah RM78.44 tidak termasuk postage. Hubungi saya untuk harga terbaik ye


Tinie Badri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...