So kami pun bergeraklah Sabtu tengahari ke sana. Dedi budak-budak ni kena kerja pulak pagi tu so gerak lambat sikit. Takpe lah kami pun tak rush, kebanyakan tempat kat Cameron rasa dah pergi dah, jadi kali ni nak relax je taknak kejar banyak tempat.
Kami lalu ikut Tapah. Sampai sini Aira nak ke toilet, so sempat la berposing hihi
tepi toilet pun jadi ish ish..asal background lawa kan |
Sampai kat Kea Farm, lokasi hotel ni dah jam 5.30 petang. Masa bertanya pada pekerja hotel di pintu masuk, katanya rasanya full tapi boleh tanya kat kaunter kalau ada yang cancel. Sekali rupanya memang ada yang cancel tapi orang depan kami dah ambil bilik tu. Oh kuciwa.
Masa nak keluar, pekerja tadi tanya dapat ke bilik, kalau tak dapat boleh ambil apartment kat depan hotel tu. Saya cakap saya nak hotel tu sebabnya nak yang ada swimming pool hihi. "Boleh puan, bawah Hotel Copthorne jugak apartment tu" Wahh lega. So kami ambil apartment Copthone dengan harga bilik RM180.Bilik dengan katil King. Saiz bilik biasa je. Ada la ruang untuk solat, untuk duduk. Selesa untuk 4 beranak.
Selesai maghrib, kami ke pasar malam. Walaupun bukan hari cuti sekolah atau cuti umum, weekend pun tetap jalan sesak jugak. Sikitlah. Dah lama tak ke pasar malam, dah berubah dah tapak nya.
ramai beli air kelapa laut di sini. Cara potongnya menarik kot |
Wajib beli ni. Sambal Strawberi dan Sambal Strawberi Ikan Masin.Sedap. Adik-adik ni pun ramah |
Nasi lemak sambal strawberi ikan masin sedapp |
Laksa johor, ermm Bolehlah.. 3bintang hihi.. |
Tak pernah tak sedap haha |
Ada pokok-pokok tomato dan sayur jugak di restoran ni. |
strawberi besar-besar dan segar di pasar. Yang penting murah. Coklat pun dah ready untuk dibeli. Celup je |
Selesai membeli jagung dan strawberi so Kami balik hotel. Naik ke hotel tingkat berapa tah swimming poolnya, lupa dah hihi. Okelah sebabkan indoor jadinya takde la sejuk sangat-sangat. Tu yang berendam lama tu. Tapi dah keluar tu memang sejuk menggigil jugak lah. Sabar je lah, pergi Cameron pun nak mandi swimming pool haha. Mujur lah mereka ni tahan lasak, balik takde demam apa. Alhamdulillah. Memang selalu la bagi cheweable vitamin c dan Omega Guard. Untuk kuatkan imun badan anak-anak.
Sejam lebih gitu berendamnya tiga beranak ni. Mami?? No no mami tak sanggup la sejuk-sejuk haha.
Rehat jap kat hotel untuk Dedi rest tidur jap. Baru check out dan teruskan perjalanan ke destinasi yang lama dah nak pergi. Lavender Farm. Ahh cantiknya. Purple jekkkk. Suka mami
kami ke taman sedia nak petik strawberi kan sini, sini ramai pengusaha strawberry farm melayu kan. Tu nak pegi sini. Aira la teringin nak petik strawberi masa pergi dulu Kak Long je petik sebab Aira kecik lagi masa tu. Tapi elok je sampai Taman Sedia anak dua orang ni dah tidur keletihan. Mami dan Dedi pun solat disurau situ dulu, kemudian rest rehatkan mata. Sambil mami setelkan order Shaklee dari customer. Biasalah bisnes online, di mana-mana pun kedai masih dibuka dan order masih masuk. Alhamdulillah.
Dalam pukul 4 macam tu princess mami ni dah bangun. Masa ni ingat nak pergi Abang Strawberry sekali strawberi yang nak dikutip dah habis katanya. Rupanya sebaiknya kalau nak kutip pergi waktu pagi. OOOhhh gitu.Kami ke farm sebelah. Opah punya. mujur ada lagi..Alhamdulillah merasa la mereka kutip strawberi. Oke lah kat sini takde strict sangat mami ngan dedi pun masuk sekali teman.
Cuma buah dah tak besar-besar. Habis dah kot dikutip dari pagi. Bayaran ikut harga perkilo.
Sebelum balik kami nak singgah ke Ladang Teh Boh. Teringin tak pernah sampai
Cantik sangat view nya.
Sekali rupanya awal dah tutup. 4.30 petang dah tutup dah. Kami sampai memang dah pukul 6 dah. Takde rezki nak masuk.
oke bai |
Haaa ada pun gambar lengkap satu famili. bersama mereka-mereka yang ramai ni hihi. Memang banyak tempat menarik untuk diambil gambar dalam Cameron Lavender ni.
Oke. Setakat ini saja kisah bercuti di Cameron kali ni. Panjang umur ada rezki kita terjah lagi.. Tak pernah jemu kan Cameron Highland ni. Selamat bercuti untuk mereka yang nak kesana.
pssttt jangan lupa pakai kasut yang selesa..akak pakai kasut sport je dik haha.. vitamin kalsium, ppermint ginger untuk elak mabuk pun semua memang bawak sekali.. hihi...
sehingga ketemu lagi..oke.. Daaa...
Tinie Badri 012-2812952
PENGEDAR SAH SHAKLEE PERAK
PENGEDAR SAH SHAKLEE UPSI
PENGEDAR SAH SHAKLEE TANJUNG MALIM
PENGEDAR SAH SHAKLEE BEHRANG 2020
PENGEDAR SAH SHAKLEE SLIM RIVER
PENGEDAR SAH SHAKLEE MANJUNG
PENGEDAR SAH SHAKLEE LUMUT
PENGEDAR SAH SHAKLEE LEKIR
PENGEDAR SAH SHAKLEE SITIAWAN
PENGEDAR SAH SHAKLEE IPOH
PENGEDAR SAH SHAKLEE AYER TAWAR
PENGEDAR SAH SHAKLEE KAYAN
PENGEDAR SAH SHAKLEE TELUK INTAN
No comments:
Post a Comment