Wednesday, May 17, 2017

CARA CLAIM GANTIRUGI BARANG POSLAJU HILANG

Sepanjang 4tahun berbisnes online ni kali pertama barang poslaju hilang tanpa dikesan. Jadi ni juga pertama kali saya buat claim barang poslaju yang hilang.  

Mula-mula frust juga, yer la customer menunggu tak sampai-sampai barang kan. Tapi memandang secara hikmah mungkin Allah nak kita belajar sesuatu.

Alhamdulillah saya memang dapat belajar bagaimana nak buat tuntutan bagi barang poslaju yang hilang. 
Kisahnya saya pos ESP Energizing Soy Protein dari Tanjung Malim ke alamat Sungai Buloh. Customer downline saya  ni nak beri pada maknya yang nak ke Tanah Suci. Sedih kan hajat tak kesampaian.

Jadi saya kongsikan langkah-langkah yang perlu dibuat untuk tuntutan barang poslaju hilang

SEMAK STATUS ONLINE
Sesudah 4hari pos barang masih tak sampai, sangat pelik sebab biasanya keesokan harinya dah sampai. bila saya cek status online rupanya status akhir adalah barang dibawa keluar dari Tg Malim. Tiada status barang sampai ke destinasi seterusnya. 
 

TELEFON CUSTOMER CARELINE POSLAJU
1-300-300-300 UNTUK SEMAKAN STATUS
Saya telefon untuk semak status dan buat aduan. Katanya dalam sistem memang tak nampak pergerakan barang ni jadi report diterima dan semakan akan dibuat. Selang sehari saya folow up katanya masih belum dapat maklumbalas dari poslaju Tanjung Malim. 

PERGI KE POSLAJU BERKENAAN UNTUK MEMBUAT REPORT
Jadi saya ke poslaju Tanjung Malim untuk mendapatkan pengesahan status barang yang dipos. Dan saya dimaklumkan memang barang "hilang" dari track. 

Dan saya diminta untuk mengisi borang report. Saya difahamkan report perlu dibuat segera jangan lebih 30hari dari tarikh penghantaran barang. 
1) Ada dua helai borang yang perlu diisi. 
2) Lampirkan sekali salinan consignment note, salinan kad pengenalan, dan salinan bukti pembelian

 Mukasurat pertama, butiran kes dan barang perlu diisikan. 


Mukasurat dua, ada dinyatakan berapa anggaran jumlah gantirugi yang akan dibayar berdasarkan berat barang dan jenis pengeposan. 

Berat barang yang saya pos kurang daripada 2kg, maka dianggarkan kos gantirugi saya adalah RM100.  
Ye walaupun kos ESP yang saya pos adalah RM150. Itu tak termasuk dengan saya gantikan stok yang lain untuk customer. 

Sebenarnya syarat berapakah anggaran gantiruginyang poslaju akan bayar sekiranya barang yang dipos hilang, dah dinyatakan di belakang slip penghantaran. Tapi mungkin sebab tulisannya halus, saya sendiri tak pernah baca. Hihi.
.


 
Oke, tak jelas ye, meh kita zoom. kita tengok dekat item no 14: BAYARAN TUNTUTAN MAKSIMA. 
Kat sini ada dinyatakan tentang berapa tuntutan kos kerugian bagi item rosak atau hilang. 

Ingat ye, refer item no 13, sebarang tuntutan gantirugi akibat kehilanhan atau kerosakan item pos laju boleh dituntut oleh pengirim dalam tempoh 30hari dari tarikh pengeposan. 


BERAPA LAMA PROSES TUNTUTAN GANTIRUGI AKIBAT KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN ITEM POSLAJU?
Kronologi 
6/3/2017- item dipos
11/3/2017 - report melalui telefon, tiada maklumbalas
17/3/2017 - report isi borang di poslaju yang berkenaan
23/3/2017 - follow up melalui telefon bercakap dengan Unit Pampasan, report masih belum mereka terima. Biasanya poslaju akan pos kumpul dengan dokumen lain jadi mungkin ambik masa untuk sampai ke HQ.
30/3/2017 - follow up lagi, permohonan sedang diproses
5/5/2017 - Bayaran pampasan maxima mengikut berat dimasukkan ke dalam akaun yang telah kita tuliskan di dalam borang

Agak lama juga kan. Jadi bertabahlah. 


Ini mengikut pengalaman saya, saya kongsikan sebagai panduan. Jika ada barang rosak atau hilang, silalah buat report, jangan malas. Tuntut hak kita. Bukan apa saya ada terbaca komen rakan-rakan sebelum ni, malas nak buat tuntutan sebab rasa renyah dan menyusahkan. Walaupun bayarannya tak sama dengan nilai barang tapi bagi saya ia perlu juga dibuat. Supaya kes kes sebegini dapat dikurangkan. 

Dan lagi satu untuk lebih selamat kita juga boleh ambil INSURAN KHAS untuk barang yang kita pos. 
InsyaAllah saya akan kongsikan butirnya di lain entry.

Semoga perkongsian ini dapat membantu. Sebagai peniaga online inilah asam garam yang terpaksa kita lalui. Untuk "give up"? Mungkin tidak. Saya masih lagi peniaga vitamin Shaklee yang tegar 😊

3 comments:

  1. Bagus info ni..

    Mungkin kita semua akan mengalami situasi ini, sekarang dah tau step yg perlu dibuat..

    ReplyDelete
  2. Bagus ada dalam rekod, kes saya ni, tak ada dalam rekod. Cust dah bising2 kata saya penipu. kemudian call pos laju sebelum raya lagi, cust pula tak bagi kerjasama untuk call di pejabat pos batu pahat. minta refund duit dia, siap maki hamun saya, mana la saya dapat refund, sebab barang tu barang khas tempahan untuk dia sahaja, lagipun tak dapat dikesan. harga rm1k+ juga huhu. lepas tu td saya minta bantuan juga untuk cek guna nama cust dalam data mereka sendiri, alih2 barang tu di pos guna slip domestik pula, ada orang tukar slip ke hapo? Saya jelaskan pada cust suruh pergi collect sebab diorg akan pulangkan barang. Cust pula maki saya nak refund sebab barang dia dah tak bole jual lagi. Adoi pening saya macam ni, kes belum selesai lagi, huhu

    ReplyDelete
  3. Ade courier lain x selain pos laju yang boleh diharap? saya pun dah terkena ni, dalam sistem tracking poslaju katanya barang dah delivered, kat someone yg bukan saya dan destinasi yang tak diketahui.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gadget

This content is not yet available over encrypted connections.