Tuesday, October 17, 2017

11 TIP ATASI MASALAH RESDUNG

Jika hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus, berkahak (terutama pada waktu pagi) serta mata berair? Jika Ya, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis.Tanpa kita sedar persekitaran kita menjadi punca masalah resdung ini menjadi lebih teruk. Menurut pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu. Kegagalan merawat alahan itu membawa kepada gejala resdung dan penyakit yang lebih bahaya di dalam rongga sinus. Sekiranya dikesan resdung dalam keadaan kritikal anda mungkin terpaksa menjalani pembedahan malah mungkin membawa kepada penyakit yang lebih serius seperti barah.


cara merawat resdung
 LANGKAH UNTUK MENGATASI RESDUNG
Berikut merupakan langkah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah alahan resdung


  1. Elakkan membela haiwan peliharaan berbulu di dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing
  2. Elakkan menggunakan kain selimut yang diperbuat daripada bulu binatang, sebaliknya gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan sintetik (tiruan)
  3. Elakkan daripada menggunakan tilam dan bantal yang diperbuat daripada bulu haiwan. Selalu basuh sarung tilam/ bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  4. Gunakan pembersih hampagas yang baik dan mempunyai penapis yang baik.
  5. Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang diperbuat daripada fabrik berbulu
  6. Berhat-hati bagi pengguna katil bawah sebab anda akan menyedut segala habuk daripada tilam di atas
    CARA SEMBUHKAN RESDUNG
  7. Selalu basuh tuala, pakaian dan sebagainya sehingga bersih dan segar
  8. Simpan pakaian dalam almari yang bertutup dan elakkan penggunaan langsir yang berat dan banyak kain.
  9. Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan/peralatan rumah
  10. Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah dan perabot
  11. Jangan mengambil makanan yang anda alah padanya.

Cuba elakkan 11 perkara ini jika anda nak elakkan gejala resdung. InsyaAllah dapat membantu.

BACA SETERUSNYA
 CARA MENGUBATI RESDUNG CEPAT SEMBUH SEMUDAH A B C !



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...